BTC USD 80,437.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dikhabarkan dari Ibnu Umar r.a
katanya:”Nabi s.a.w berkhutbah dengan
berdiri. Kemudian baginda duduk dan
setelah itu berdiri semula (sebagaimana
dilakukan orang sekarang ini).”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah r.a, Nabi SAW
bersabda:”Sesiapa yang bersumpah
hendaklah bersumpah dengan nama
Allah atau hendaklah diam sahaja.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abdullah bin Amru bin al-’As
r.a, katanya, “Bukanlah rasulullah s.a.w
seorang yang bersifat keji dan baginda
tidak pernah melakukan perkara-perkara
yang keji.

Baginda bersabda,
“Sesungguhnya orang-orang yang terpilih
antara kamu ialah orang-orang yang
mulia akhlaknya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Imran bin Hushain r.a katanya
Rasulullah SAW bersabda:”Tidak boleh
melaksanakan nazar yang berupa maksiat
dan tidak boleh orang
melaksanakannya.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma,
bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya
Allah aku berserah kepada engkau, aku
beriman kepada engkau, aku bertawakal
kepada engkau, aku kembali kepada
engkau dan aku berjuang kerana engkau.

Ya Allah ,aku berlindung dengan
kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada
Tuhan yang aku sembah melainkan
engkau, janganlah aku disesatkan .

Engkau yang hidup dan tidak akan mati
sedangkan jin dan manusia semuanya
akan mati.

( Muttafiqun alaih)

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya:
rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu
ia bersabda:” Hendaklah engkau berada
dalam dunia seolah-olah engkau orang
berdagang atau orang yang sedang
melalui di jalan (pengembara)”.

Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika
engkau berada di waktu petang, maka
janganlah engkau menunggu pagi; dan
apabila engkau berada di waktu pagi,
maka janganlah engkau menunggu
petang. Dan gunakanlah dari sihat
engkau bagi masa sakit engkau dan dari
hidup engkau bagi masa mati engkau.

(riwayat Bukhari)
 
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala
seorang lelaki membaca surah al-Kahfi
tiba-tiba ia melihat binatang
peliharaannya berlari dan ia melihat
bagaikan sekumpulan mega atau awan
lalu ia datang menemui Rasulullah SAW
dan menyebutkan mengenainya kepada
Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW
bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah
(ketenangan) yang turun bersama al-
Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-
Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

(riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
 
Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu
sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal
daripada seribu sembahyang di masjid-
masjid yang lain, kecuali masjid al-haram
di Mekah

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya: “Apabila datangnya bulan
Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka,
manakala pintu-pintu neraka ditutup,
syaitan dirantaikan.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Back
Top
Log in Register