BTC USD 81,458.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Anas r.a daripada Rasulullah
s.a.w sabdanya, tiga perkara yang
mengiringi jenazah iaitu keluarganya,
hartanya dan amalannya. Maka dua
perkara akan kembali semula, yang tinggal
hanyalah amalannya.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:”
Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul
Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau
meminta diangkat menjadi penguasa di
suatu wilayah. Kerana jika yang demikian
diberikan kepada engkau lantaran
permintaan, nescaya engkau dibiarkan,
tidak diberi pertolongan. Tetapi jika
diberikan kepada engkau bukan kerana
engkau memintanya, nescaya engkau
diberi pertolongan.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Ibnu Umar r.a bahawa dia mendengar
Nabi s.a.w bersabda:”Sepeninggalanku
janganlah kamu kembali menjadi kafir;
yang satu memenggal leher yang lain.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
maksudnya:”Apabila dibacakan iqamat
sembahyang, janganlah kamu semua
tergesa-gesa pergi untuk menunaikan
sembahyang, tetapi hendaklah berjalan
dengan baik dan tertib, hendaklah kamu
semua bersifat tenang. Tunaikanlah
sembahyang mengikut rakaat yang kamu
sempat mengikuti imam dan apabila imam
memberi salam, maka hendaklah kamu
menyempurnakan mana-mana rakaat yang
tertinggal.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi saw.
melarang puasa sambung (terus-menerus
tanpa berbuka). Para sahabat bertanya:

Bukankah baginda sendiri melakukan
puasa wisol? Nabi saw. menjawab:
“Sesungguhnya aku tidak seperti kalian.
Aku diberi makan dan minum.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis
surat kepadanya menjelaskan apa yang
diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal
zakat). Katanya:

”Janganlah mengumpulkan
yang bercerai dan jangan menceraikan
yang berkumpul kerana takut membayar
zakat.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami
pernah bersahur bersama-sama Rasulullah
s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk
menunaikan solat subuh, kamipun
bertanya kepada baginda: “Berapa jarak
sebenar di antara kedua-dua itu? (di
antara makan sahur dengan sembahyang
subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-
kira cukup membaca lima puluh ayat”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikannya sepuluh kali
ganda serupa dengannya hingga tujuh
ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla
berkata:”

Melainkan puasa, kerana ia
untuk-Ku dan Aku sendiri yang
membalasnya, mereka meninggalkan
syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

Bagi orang yang berpuasa akan mendapat
dua kegembiraan; kegembiraan semasa
berbuka dan kegembiraan semasa
menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari
mulut orang yang berpuasa) kerana
berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada
bau Musk.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah saw
telah bersabda,” Tentera dari umatku yang
mula-mula berperang dengan meredah lautan
sudah pasti mendapat syurga”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Ibnu Umar r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. mempunyai dua orang
juru azan, iaitu Bilal dan Ummu Maktum,

baginda bersabda: “Sesungguhnya Bilal
bertugas untuk mengazankan sembahyang
di waktu malam sebelum terbit fajar, oleh
itu makan dan minumlah kamu semua
(bersahur) sehinggalah Ummu Maktum
azan yang menandakan masuknya waktu
Subuh.

Ibnu Umar r.a. berkata: “ Tidak ada
jarak di antara kedua juru azan itu,
melainkan jika Bilal telah selesai azan lalu
disambung oleh Ummu Maktum pula,
dalam jarak yang tidak terlalu lama”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register