BTC USD 81,672.3 Gold USD 4,105.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abu Musa r.a ia berkata:”Ya
Rasulullah, saya tinggal di suatu daerah di
mana orang membuat sebangsa minuman
keras dari madu dan dinamakan mereka
al-Bit’u dan sebangsa minuman keras lagi
dari gamdum dan mereka namakan al-
Mizru.” Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap
minuman yang memabukkan adalah haram
(terlarang)!”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti
Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau
berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah
SAW masuk ke dalam rumahnya dengan
keadaan cemas sambil bersabda,:

”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab
dari kejahatan (malapetaka) yang sudah
hampir menimpa mereka. Pada hari ini
telah terbuka dari dinding Ya'juj dan
Ma'juj seperti ini",

dan Baginda
menemukan ujung jari dan ujung jari yang
sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu
mengisyararkan seperti bulatan. Saya
(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya:

"Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa
sedangkan di kalangan kami masih ada
orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW
bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah
terlalu banyak".

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Biasanya
nabi Muhammad s.a.w (dalam masa
musafir) apabila baginda berangkat
sebelum gelincir matahari, baginda
menangguhkan sembahyang zohor hingga
waktu Asar, kemudian baginda turun (dari
kenderaan) lalu baginda menjamakkan
keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak
ta’khir);

kalaupun baginda berangkat
sebelum gelincir matahari, baginda
sembahyang Zohor kemudian baginda
berangkat (meneruskan perjalanannya). “

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
“Daripada Anas r.a. katanya, aku tidak
pernah menyentuh sutera tebal atau nipis
yang lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak pernah
mencium bau-bauan yang lebih harum
daripada bau Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya aku telah berkhidmat
kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh
tahun, tidak pernah baginda berkata
kepada aku perkataan ah dan tidak pula
pernah menyoal sesuatu yang telah aku
lakukan dengan mengatakan-“Mengapa
engkau lakukan demikian?” dan semasa
aku tidak melakukan sesuatu tidak pula
baginda menyatakan, “Alangkah baiknya
jika engkau tidak berbuat demikian.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah
s.a.w bersabda:”Apakah tidak menarik
hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan
daripadaku caci maki dan kutukan orang
Quraisy. Mereka mencaci maki dan
mengutuk orang yang tercela, sedangkan
aku orang yang terpuji.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w baginda
bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah
adalah orang yang paling suka
bermusuhan.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda kepadanya :

“Sesungguhnya engkau tidak
membelanjakan satu nafkah sama sekali
untuk mencari keredaan Allah melainkan
engkau diberi pahala atasnya sehinggakan
apa yang engkau masukkan dalam mulut
isteri mu.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Anas r.a katanya : “ Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya : “ Sesiapa
mengerjakan solat kita dan menghadap
kiblat kita serta memakan penyembelihan
kita maka dia adalah orang Islam.”

(riwayat Bukhari dan Nasa'i)
 
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya : “Sangat buruklah seseorang
yang berkata:

“Aku telah lupa ayat begitu
begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah
kamu mengingati al-Quran (dengan selalu
membacanya) kerana sesungguhnya dia
sangat mudah terlepas daripada lelaki
daripada haiwan ternakan (terlepas tali).”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah
SAW bersabda:

“Kita (umat Muhammad)
adalah yang terakhir (datang ke dunia)
tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari
kiamat. Kita adalah yang paling dahulu
masuk syurga, padahal mereka diberi kitab
lebih dahulu daripada kita sedangkan kita
sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk
oleh Allah akan kebenaran yang mereka
perselisihkan itu yang Allah telah
tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat.

Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita.
Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa
(Ahad) untuk kaum Nasrani. “

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register