BTC USD 82,961.5 Gold USD 4,148.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-
Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi
Muhammad SAW berbaring terlentang di
dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya
pada sebelah kakinya yang lain.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “ Nabi
Muhammad SAW pernah mengerjakan solat
(sunat) sambil menunggang haiwan
tunggangannya (rahilah) ke mana pun
baginda menghadap dan ketika Nabi SAW
hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW
turun dari tunggangannya dan solat
menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Malik
bin Buhaina r.a, ketika nabi Muhammad
SAW mengerjakan solat, nabi memisahkan
(merenggangkan) tangannya dari
tubuhnya (dengan lebar) hingga
ternampak ketiaknya yang putih.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan dari Abu Musa r.a :” Aku
menemui Nabi Muhammad SAW dan aku
melihat Nabi SAW membawa siwak dalam
genggaman tangannya kemudian menyikat
giginya dan terdengar suara “Uh!Uh!”
seakan Nabi SAW hendak muntah ketika
siwak itu masih berada di dalam
mulutnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Ummu Qais binti
Mihshan r.a : “Aku membawa bayi lelaki ku
yang belum makan (makanan yang biasa)
kepada Rasulullah SAW yang menimangnya
dan mendudukkannya di pangkuannya.
Anak ku kencing dan air kencingnya
membasahi pakaian Nabi SAW. Lalu nabi
meminta air dan memercikkan bahagian
yang terkena air kencing itu namun tidak
mencucinya.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan dari Anas r.a :” Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda :”
Apabila seseorang mengantuk ketika
sedang mengerjakan solat hendaklah ia
tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti
apa yang ia katakan (atau ia bacakan)”.

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Suwaid bin al-
Nu’man r.a:” Pada tahun terjadinya
perang Khaibar aku pergi bersama
Rasulullah SAW hingga kami tiba di
Shahba, sebuah tempat dekat Khaibar,
tempat Rasulullah SAW mengerjakan solat
Asar dan meminta makanan. Tidak ada
makanan lain kecuali sawiq. Nabi SAW
menyuruh mencucinya terlebih dahulu.

Kami semua memakannya dan tidak lama
kemudian Nabi SAW berdiri untuk solat
Maghrib, berkumur-kumur dan kami
mengerjakan hal yang sama lalu
mengerjakan solat dengan tidak
mengulang wudhu’.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya
seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“
Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w
menjawab: “Janganlah engkau menjadi
seorang yang pemarah.” Orang itu
mengulangi permintaan beberapa kali,
Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau
menjadi seorang yang pemarah.”

(riwayat Bukhari)
 
Anas r.a. katanya: “Nabi s.a.w. telah
menggariskan beberapa garisan lalu ia
bersabda ‘ini angan-angan manusia dan
yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu
dalam keadaan demikian (panjang angan-
angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba
datanglah garisan yang pendek (sampai
ajalnya mati)”.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya,
rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab
mengucapkan:”Ya Allah, yang menurunkan
kitab dan cepat membuat perhitungan!
Kalahkanlah kaum Ahzab dan
goncangkanlah pendirian mereka.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register