BTC USD 83,180.7 Gold USD 4,143.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit
waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw.
pada hari-hari itu, namun amat perlu
sekali bagi baginda datang juga ke rumah
Abu Bakar pagi atau petang.

Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi
(hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah
terkejut melainkan ketika baginda datang
ke rumah kami waktu Zohor, lalu
kedatangan baginda itu dimaklumkan
kepada Abu Bakar.

Berkata Abu Bakar,:”Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan
yang sangat penting.”

Ketika Nabi saw masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya.

“Suruhlah orang yang
ada di sekelilingmu keluar.”

Berkata Abu
Bakar:”Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang
anakku, ‘Aisyah dan ‘Asma’.”

Sabda Nabi saw. "Tahukah engkau bahawa
sesungguhnya aku telah diberi izin untuk
keluar (hijrah)?”

Berkata Abu Bakar,:”Anda
perlu teman, ya Rasulullah!”

Sabda Baginda,:”Ya, kawan.”

Berkata Abu Bakar,:”Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk
keluar (hijrah), ambillah seekor untuk
anda.”

Sabda Nabi saw,”Kuambil seekor dengan
harganya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., dari Nabi saw.,
sabda baginda: "Haji dan Umrah ke Kaabatullah
akan tetap dilaksanakan orang walaupun
setelah keluar Yakjuj dan Makjuj ."

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“ Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah,
sesiapa yang membacanya maka cukuplah
baginya daripada mengadakan qiamullail
(atau kedua-duanya akan menjaganya dari
segala kejahatan dan perkara-perkara
yang tidak disukai.) ”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abu Hurairah r.a berkata, Nabi SAW
bersabda:”Tiap-tiap luka yang menimpa
seseorang muslim di jalan Allah nescaya
lukanya itu di hari kiamat tetap seperti
ketika dia ditikam mengeluarkan darah.
Warnanya warna darah, tetapi baunya bau
kasturi.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa
Rasulullah saw pernah bersabda:”Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat seperti
mandi janabah (mandi dengan membersih
seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi
ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang
yang pertama sampai) maka sama halnya
seperti orang yang berkorban seekor unta;

dan sesiapa yang datang sebagai orang
kedua, sama halnya seperti orang yang
berkorban seekor lembu betina;

sesiapa
yang datang sebagai orang ketiga, sama
halnya seperti orang yang berkorban
seekor biri-biri bertanduk;

sesiapa yang
datang sebagai orang keempat, sama
halnya dengan seorang yang berkorban
seekor ayam;

dan sesiapa yang datang
sebagai orang kelima; sama halnya dengan
orang yang berkorban dengan sebutir
telur. Apabila imam telah menaiki mimbar
maka para malaikat yang hadir juga ikut
mendengar khutbah.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang
melimpah, akan tetapi kekayaan (yang
sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,:
“Sesiapa yang mengerjakan haji, kemudian
tidak mengerjakan dosa dan maksiat,
nescaya ia bersih dari dosa-dosa
sepertimana ia baru dilahirkan oleh
ibunya”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
menyembelih sebelum sembahyang (Aidil
Adha),

maka penyembelihan itu untuk
dirinya sendiri dan siapa yang
menyembelih sesudah sembahyang (Aidil
Adha),

maka sesungguhnya ia telah
menyempurnakan korbannya dan telah
mengikut sunnah kaum muslimin”.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Mughirah r.a katanya:”Saad bin
Ubadah mengatakan,:”Kalau sekiranya
saya melihat lelaki berkelakuan serong
dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya
tetak dengan pedang, bukan dengan
punggungnya.”

Ucapan itu sampai kepada
Rasulullah s.a.w lalu baginda
berkata:”Mengapa kamu hairan melihat
cemburu Saad? Demi Allah aku lebih
cemburu daripadanya. Dan Allah lebih
cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-
Nya mengerjakan perbuatan keji, baik
yang terang atau pun yang tersembunyi.

Dan tiada seorang pun yang suka memberi
maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu
diutus-Nya orang-orang yang akan
memberikan berita gembira dan orang-
orang yang memberikan peringatan. Tiada
seorang pun yang suka menerima pujian
lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk
orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw.
bersabda yang maksudnya:”Lihatlah
kepada orang yang lebih rendah
daripadamu dan jangan melihat kepada
orang yang lebih tinggi. Itulah tembok
yang kukuh supaya kamu tidak menghina
pemberian Allah kepadamu.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register