BTC USD 83,598.5 Gold USD 4,193.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w.
sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah
payah) keluar belayar (untuk menziarahi
mana-mana masjid kecuali (untuk pergi)
ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil
Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah
s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di
Palestin)”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah
SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-
minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun
yang meminta kepadaku, yang tidak
kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang
yang kuberi dengan hati enggan, maka
pemberianku itu tidak berkat baginya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a, rasulullah s.a.w
bersabda:”Apimu di dunia ini sepertujuh
api neraka”. Ada seseorang
berkata:”Keadaannya sudah mencukupi”.
Baginda bersabda:’Ditambah lagi dengan
enam puluh sembilan kali panasnya dari
api neraka.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Janganlah ada diantara kamu yang
bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia
seorang yang baik mudah mudahan ia
dapat menambahkan lagi kebaikan, dan
sekiranya ia seorang yang jahat mudah
mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W
baginda telah bersabda yang
maksudnya:”Sesiapa yang diberati
menanggung sesuatu urusan menjaga dan
memelihara anak-anak perempuan, lalu ia
menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung
baginya daripada api neraka."

(riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
 
Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya,
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah
menyampaikan kepada orang yang tidak
hadir.”

(riwayat Bukhari ,Muslim dan Ibnu Majah,)
 
Dari Anas bin Malik katanya:”Aku dan
seorang anak yatim solat bersama-sama di
rumah kami, di belakang nabi s.a.w.

Sedangkan ibuku, ummu Sulaim di
belakang kami.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah r.a, katanya:”Seolah-olah
saya melihat Nabi s.a.w menceritakan
seseorang di antara nabi–nabi yang
dipukul oleh kaumnya hingga mengalir
darahnya dan nabi itu menghapuskan
darah di mukanya sambil berdoa:”Wahai
Tuhan! Ampunilah kiranya kaumku kerana
sesungguhnya mereka belum tahu.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w
baginda bersabda:”Allah telah melarang
keras (mengharamkan) kamu menderhakai
ibu, melarang membuat kikir dan
mengubur anak perempuan.

Tuhan benci
kamu jika kamu terlalu banyak berbicara
begitu begini, terlalu banyak bertanya
serta membuang-buang harta tidak pada
tempatnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:” Doa itu ialah ibadat.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register