BTC USD 83,096.5 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya segala
amal ibadat hanya sah dengan niat.”

(Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw
bersabda, “Ada tujuh golongan yang bakal
dinaungi Allah di bawah naungan-Nya, pada hari
yang ketika itu tidak ada naungan kecuali
naungan-Nya yaitu Pemimpin yang adil; Pemuda
yang rajin beribadat kepada Allah; Orang yang
hatinya senantiasa terpaut kepada masjid; Dua
orang yang berkasih sayang kerana Allah, baik di
waktu berkumpul mahupun berpisah; Seorang lelaki
yang diajak berbuat serong oleh wanita
bangsawan yang cantik kemudian ia menolak dan
berkata, ‘Saya takut kepada Allah'; Orang yang
bersedekah dengan diam-diam; Orang yang
senantiasa berzikir (ingat) kepada Allah ketika
sendirian kemudian mencucurkan air mata.”

(Bukhari – Muslim)
 
Anas r.a. berkata: Suatu hari Rasulullah saw
berkhutbah. Belum pernah aku mendengar
Rasulullah saw berkhutbah seperti itu. Maka
diantaranya Rasulullah saw bersabda, “Andaikan
kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya
kamu sedikit tertawa dan banyak menangis.”
Seketika itu aku melihat sahabat-sahabat Nabi
saw menutup mukanya masing-masing sambil
menangis teresak-esak.

(Bukhari – Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw
bersabda, “Akan berpeluh manusia di hari kiamat
hingga mengalir peluh mereka sampai tujuh puluh
hasta dan tenggelam mereka dalam peluhnya
sendiri hingga ke mulut dan telinga mereka.”

(Bukhari – Muslim)
 
Salam rakan2 Sunni yg saya muliakan,

boleh kalian jelaskan riwayat aneh dari kitab suci kalian iaitu Sahih Bukhari ini:

Narrated 'Amr bin Maimun: During the pre-lslamic period of ignorance I saw a she-monkey surrounded by a number of monkeys. They were all stoning it, because it had committed illegal sexual intercourse. I too, stoned it along with them.
[Sahih Bukhari, Volume 5, Book 58, Number 188]

rujuk link dari web rasmi UIA:

http://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/058_sbt.html

Soalan saya:

1. Sejak bila dalam dunia kemonyetan ada hukum syariah?

2. Bagaimana Ibnu Maimun tahu monyet betina tu berzina dgn monyet jantan? Adakah Ibnu Maimun boleh berbicara bahasa monyet?
 
Last edited:

astarghfirullah hal a'ziim.. hadis tu zaman jahiliyyah lah. kes sumbang mahram jemaah binatang..hukumnya rejam. itu zaman sebelum islam
 
Last edited:
Dari Sahl bin Sa’ad r.a. berkata: Rasulullah saw
bersabda kepada Ali r.a., “Demi Allah, jika Allah
memberi hidayah kepada seseorang kerana
ajaranmu maka yang demikian itu bagimu lebih
baik dari kekayaan binatang ternak yang merah-
merah.”

(Bukhari – Muslim)
 
Dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash r.a. berkata:
Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu
pengetahuan dari seorang hamba begitu saja,
tetapi akan mencabutnya dengan matinya orang-
orang alim, hingga apabila telah habis orang-
orang alim maka orang banyak akan mengangkat
orang-orang yang bo.doh untuk menjadi pemimpin
mereka. Lalu jika mereka ditanya, mereka akan
memberikan fatwa tidak berdasarkan ilmu
pengetahuan. Maka mereka itu sesat dan
menyesatkan.”

(Bukhari – Muslim)
 
Dari Abu Ya’la (Ma’qil) bin Yasar r.a. berkata:
Rasulullah saw bersabda, “Tiadalah seseorang
yang diamanati oleh Allah untuk memimpin
rakyatnya kemudian ketika mati, ia masih menipu
rakyatnya melainkan pasti Allah mengharamkan
syurga baginya.”

(Bukhari – Muslim)
 
astarghfirullah hal a'ziim.. hadis tu zaman jahiliyyah lah. kes sumbang mahram jemaah binatang..hukumnya rejam. itu zaman sebelum islam

yelah.

Sejak bila zaman Jahiliyyah ada hukum syariat dlm dunia monyet? nabi zaman jahiliyah mana yg bawa syariat merejam dunia komenyetan?! Ini soalan pertama saya semalam yg anda tak jawab lagi. Tolong fokus pada soalan sebelum galak nak jadi juara kat thread ni

Kot ye pun nak bela riwayat palsu. guna akal sikit la. sebelum ni kawan2 anda seronok berjoget bawa hadis2 lemah/palsu Syiah... tapi bila kena dgn hadis sendiri, mulalah nak melenting berdengung mcm lalat.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register