Kita boleh ada banyak guru, mualim, pensyarah, ustaz yang mengajar kita berbagai ilmu..kita fokus pada ilmu agama je la dulu ye.
Guru Mursyid tu yang aku paham, dan diajar, lebih kepada guru yang menjadi pembimbing rohani kita. Guru yang akan guide kita untuk kita mencapai ihsan, buang sifat mazmumah, masukkan sifat mahmudah dan sebagainya.
Guru Mursyid biasanya kita mesti ada satu. Fokusnya kepada pendidikan rohani. Jadi guru mursyid ni ialah siapa yang kita rasa dan belajar cara menjadi seseorang yang lebih baik.
Contoh,katakan seseorang tu belajar agama isnin dengan ustaz A, selasa dengan pensyarah B, rabu dengan mualim C. belajar fekah, tauhid, akhlak.
Tapi dalam masa seseorang tu ada seorang guru (syeikh D) yang akan ajar beliau, ilmu akhlak, tasauf dan membimbing seseorang tu menjadi lebih baik rohaninnya. Dan seseorang tu pun rasa selesa untuk selalu merujuk kepada guru tersebut. KIra guru tersebut boleh kira guru mursyid kepada seseorang tu.
Kebiasaannya, orang masuk tarekat kerana perlukan bimbingan seorang Syeikh atau guru mursyid untuk membimbing. Guru mursyid seseorang yang masuk tarekat biasanya ialah syeikh tarekat tersebut la.
Tentang soalan Imam Syafie itu ialah guru mursyid? Soalannya balik, guru mursyid kepada siapa? Kalau ada orang hidup zaman tu, dan berguru dengan imam syafie dan menjadikan imam syafie contoh dalam semua perkara, itulah guru mursyidnya. Imam Syafie dengan ketokohan beliau, dengan keilmuan beliau, dengan kehebatan beliau, adalah contoh guru yang boleh menjadi guru mursyid kepada orang awam macam kita ni.