BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuan Guru Syeikh Hj. Yahya bin Asy'aari

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266


SATU PER SATU PERMATA UMMAH DIJEMPUT MENGHADAP ILAHI ๐Ÿ˜ข
ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
Maksudnya: โ€œSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.โ€

Petang semalam, kita dikejutkan dengan khabar duka atas pemergian Tuan Guru Syeikh Hj. Yahya bin Asy'aari, dalam sebuah kemalangan jalan raya di Padang Pusing, Pendang ketika dalam perjalanan pulang dari Kolej Islam Darul Ulum (KIDU).

Tuan Guru Hj Yahya atau lebih dikenali sebagai Baba Ya ialah seorang pensyarah di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1956 di Champa. Kemudian menetap di Kampung Lubuk Reba, Pendang selepas berhijrah ke Kedah.

SubhanAllah, beliau merupakan seorang ulama dan pendakwah dari bumi barakah Kedah Darul Aman. Secara jujurnya, saya tidaklah mengenali secara dekat akan sosok tubuh ini. Namun kebaikan, budi dan pengorbanan beliau menjadi sebutan. Melihat video dan gambar Allahyarham Tuan Guru membuatkan hati berasa tenang dengan wajahnya yang bercahaya dan perwatakannya yang lemah lembut.

Allahyarham Baba Ya mendapat pendidikan awal di Pondok Bermin dan Pondok Bendang Ramah, Patani selama beberapa tahun. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke bumi Makkah di Madrasah Darul Ulum, Madrasah Saulatiyah dan Jami'ah Ummul Qurra' selama 27 tahun.

Beliau juga merupakan murid kepada guru-guru yang alim dan faqih iaitu:
1. Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir Bendang Ramah
2. Syeikh Ismail Zein Al-Yamani
3. Baba Sin Surat
4. Syeikh Abdullah Lahji
5. Syeikh Muhammad Yassin Isa al-Fadani

Selain menjadi seorang pensyarah, beliau juga ada mengarang kitab-kitab yang bertajuk:
1. Ta'liq Matan ar-Jurmiyah
2. Ta'liq Aqidatul Athfal
3. Ta'liq Matan Bina'
4. Ta'liq al-Mufid Matan Jauharah Tauhid
5. al-Aurad al-Ma'surah (susunan zikir2/wirid)

Sungguh bukan mudah untuk menulis kitab agama di mana ia memerlukan penelitian dan ilmu yang mendalam, kerana kitab-kitab itu akan menjadi rujukan masyarakat dan para penuntut ilmu. SubhanAllah.
AllahuAkbar.

Kehidupan beliau hanya serba sederhana, tidak terlalu menonjol, namun banyak sumbangannya kepada masyarakat dalam memastikan penduduk negeri Kedah mendekati Islam dan mendapat kefahaman yang baik dalam hidup beragama.

SAHABAT,
Kehilangan beliau bukanlah kehilangan yang biasa, tetapi ia sungguh memberi kesan buat kita semua. Dunia bagaikan kehilangan permata ummah yang tiada gantinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda:
ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽู‚ู’ุจูุถู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ูŽ ุงู†ู’ุชูุฒูŽุงุนู‹ุง ูŠูŽู†ู’ุชูŽุฒูุนูู‡ู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุนูุจูŽุงุฏู ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ูŠูŽู‚ู’ุจูุถู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ูŽ ุจูู‚ูŽุจู’ุถู ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูุจู’ู‚ู ุนูŽุงู„ูู…ู‹ุง ุงุชู‘ูŽุฎูŽุฐูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฑูุกููˆู’ุณู‹ุง ุฌูู‡ู‘ูŽุงู„ุงู‹ ููŽุณูุฆูู„ููˆุง ููŽุฃูŽูู’ุชูŽูˆู’ุง ุจูุบูŽูŠู’ุฑู ุนูู„ู’ู…ู ููŽุถูŽู„ู‘ููˆุง ูˆูŽุฃูŽุถูŽู„ู‘ููˆุง

Maksudnya: โ€œSesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu, orang ramai melantik ketua-ketua mereka dalam kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya, mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka, mereka sesat lagi menyesatkan.โ€
(HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

Pemergian beliau membuatkan saya kembali bermuhasabah, syarat mati tidak mengira usia. Muda atau tua pasti akan kembali kepada Ilahi. Amanah nyawa yang dikurniakan perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

SAHABAT,

Mari bersama kita mendoakan agar Allahyarham dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. ๐Ÿคฒ
ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู
Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan dan ampunkanlah mereka berdua."
ูˆูŽุงูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ู ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ู ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑู’ุฏู ูˆูŽู†ูŽู‚ูู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูู†ูŽู‚ู‘ูŽู‰ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจู ุงู’ู„ุงูŽุจู’ูŠูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณู
Maksudnya: "Dan muliakanlah kedatangan mereka berdua, luaskanlah tempat mereka. Mandikanlah mereka dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah mereka dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran."
ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‚ูุจู’ุฑูŽู‡ู ุฑูŽูˆู’ุถูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุฑููŠูŽุงุถู ุงู„ุฌูู†ูŽุงู†ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‚ูุจู’ุฑูŽู‡ู ุญููู’ุฑูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุญูููŽุฑู ุงู„ู†ู‘ููŠู’ุฑูŽุงู†ู
Maksudnya : โ€œYa Allah, jadikanlah kubur mereka salah satu daripada taman-taman syurga-Mu. Dan janganlah Engkau jadikan kubur mereka sebagai kawah daripada kawah neraka.โ€
Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT. ๐Ÿคฒ
ASMA' BINTI HARUN

 

Ajal pulang mengajar, tokoh agama rentung nahas lima kenderaan​


eksdn-696x393.jpg

Nahas berlaku di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, Pendang Kedah kira-kira pukul 4,40 petang.


SEORANG tokoh agama yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat beliau mengajar ditemui rentung dalam kemalangan jalan raya membabitkan lima kenderaan, petang semalam.

Dalam nahas di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, Pendang Kedah kira-kira pukul 4,40 petang itu, mangsa, Yahya Asyโ€™ari, 65 dilaporkan dari tempat beliau mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena ke rumah mereka di Kampung Lubuk Reba.


Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, kejadian membabitkan lima kenderaan iaitu Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa datang dari arah Sungai Jagung menghala ke Padang Pusing, dipercayai cuba memotong kereta Proton Saga di hadapannya.

โ€œBagaimanapun kereta itu bertembung dengan sebuah pikap Toyota Hilux sebelum terbabas dan melanggar dua kenderaan lain.

โ€œBerikutan pertembungan itu, Perodua Viva dipercayai terseret dan terbakar menyebabkan pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian,โ€ katanya.

Mengulas lanjut, Arriz Sham berkata, kemalangan itu membabitkan 12 mangsa dengan satu kematian, dua cedera ringan manakala sembilan mangsa tidak cedera.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ezzat Emran Ezzani, berkata kereta Perodua Viva yang terbabit dalam kemalangan dipercayai terbakar 90 peratus.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Pendang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.38 petang.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, seorang mangsa ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kereta Perodua Viva.

Allahyarham Yahya pernah melanjutkan pelajaran di Mekah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum, Madrasah Saulatiyah dan Jamiโ€™ah Ummul Qura, selama 28 tahun.

https://not supported/2021/12/27/ajal-pulang-mengajar-tokoh-agama-rentung-nahas-lima-kenderaan/
 
Back
Top
Log in Register