BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Murshid

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
Ada Pemimpin Yang Memimpin (Mursyid)

Mesti ada seorang pemimpin yang boleh memimpin di bidang ilmu, di bidang akal dan hati, sama ada yang lahir mahupun yang batin dan dalam semua hal hingga hidup kita ini boleh tertuju kepada Allah.

Dalam Islam, pemimpin yang boleh memimpin hidup kita itulah yang dikatakan mursyid. Istilah mursyid adalah dari perkataan mursyidun, maknanya orang yang memimpin. Wajib bagi setiap orang ada pemimpin yang memimpin dirinya, tidak kira sama ada dia ulama, ustaz, hafiz, pakar Islam atau muallim.

Lebih-lebih lagilah orang awam yang kurang ilmu dan kurang faham tentang Islam. Orang yang memimpin (mursyidun), dia tidak sama dengan muallim. Juga dia tidak sama dengan ustaz atau guru. Sebab muallim itu hanya memberi ilmu. Mereka hanya memandang yang luaran. Tetapi mursyid yang boleh memimpin, Allah memang beri kepadanya ilmu-ilmu yang luar biasa. Ada ilmu lahir dan batin. Bukan saja dia boleh memimpin akal orang tetapi hati (roh) orang juga boleh dipimpinnya, walaupun mursyid itu seorang yang tidak hafal Quran dan tidak hafal Hadis. Sebab itu sebagaimana alim pun seseorang itu, dia mesti ada seorang pemimpin atau mursyid.

Kita lihat di mana-mana orang menyebut, “Dia itu muallim saya”, “Itu guru saya”, tetapi mengapa tidak dikatakan, “Dia itu pemimpin atau mursyid saya.” Memang pemimpin dan mursyid itu susah dicari. Apatah lagi di zaman sekarang yang sudah jauh dari zaman Rasulullah. Orang yang layak menjadi mursyid hanya bilangan jari sahaja tetapi guru yang memberi ilmu atau muallim atau ustaz, ini ramai.

Sebab itu mursyid kurang popular dan jarang disebut dalam kehidupan sehari-hari. Orang selalu sebut muallim, guru atau cikgu. Imam Ghazali r.a. berkata, “Untuk mencari seorang yang mursyid macam mencari belerang merah.”

Ini menunjukkan bagaimana susahnya hendak mencari belerang merah, begitulah susahnya untuk mencari mursyid. Sebab itu, pemimpin atau mursyid sudah tidak wujud lagi di kalangan umat Islam hari ini. Maka umat Islam berjuang hanya main-main akal, beribadah main suka hati, bertindak pula main sembrono, tidak diukur cara ilmu lagi. Jadi kita perlu ada guru yang mursyid, yang boleh memimpin ilmu dan amalan kita, yang memimpin lahir dan batin kita. Guru mursyid ini menjadi tempat kita merujuk walau dalam perkara kecil sekalipun.

Tetapi di sinilah ramai yang tidak faham termasuk alim ulama. Sesetengah mereka berkata, “Kalaulah kita sudah berguru di satu tempat, janganlah lagi kita berguru di tempat lain.”

Ini satu kesilapan dan fahaman yang salah. Sebenarnya guru mursyid sahaja yang tidak boleh ramai. Guru mursyid mesti seorang sahaja. Tetapi kalau muallim atau guru sumber ilmu, lebih ramai lebih baik kerana lebih banyak saluran untuk dapat ilmu. Kalau ada tiga puluh orang guru, ada tiga puluh saluran.
Imam Ghazali r.h. ada 1000 orang gurunya. Guru pimpinan, guru mursyid, tempat rujuk dalam semua hal hanya seorang sahaja. Dalam sebarang hal mesti dirujuk kepadanya termasuklah dalam perkara yang harus. Walaupun perkara itu harus dalam syariat, tetapi untuk mendapat berkat mesti bertanya kepadanya. Lebih-lebih lagi kalaulah ia sudah jadi arahannya maka wajib ditaati.

Katalah mursyid mengarahkan Si A supaya berpindah. Hukumnya harus sahaja dalam ajaran Islam. Tetapi apabila diarah oleh mursyid, berdosa Si A kalau tidak berpindah. Setiap arahannya menjadi wajib aradhi atau wajib mendatang sebab mentaati pemimpin adalah wajib. Contoh yang lain ialah arahan menghadiri majlis usrah, majlis tahlil, tukar kerja dan arahan kahwin. Walaupun semua ini perkara harus dan sunat tetapi kerana
pemimpin yang suruh, maka wajib ditaati. Di sinilah banyak silapnya para pejuang sekarang. Mereka sudah ada jemaah tetapi bila ada masalah dalam jemaah, dia tidak rujuk kepada mursyid. Malahan dia rujuk kepada ulama di luar jemaah atau kepada dukun. Akhirnya rosak keyakinannya. Jadi setiap orang yang ingin membaiki dirinya mesti ada mursyid yang akan memimpinnya sekalipun dia ulama, ustaz, orang alim, hafaz Al Quran dan pakar Hadis. Kenapa? Dalam ajaran Islam ini ada ilmu yang datang dari akal, ada ilmu yang datang dari hati. Ada yang lahir ada yang batin. Ada yang tersirat
dan ada yang tersurat. Belum tentu seseorang itu diberi ilmu yang tersirat. Bukan semua orang diberi ilmu-ilmu hati. Oleh itu, walau ulama pakar macam mana sekali pun kena ada guru yang memimpinnya.

Di sinilah ramai orang silap faham. Terutamanya para ulama. Kerana hati mereka berkata, “Saya dah jadi ulama, saya dah jadi alim, saya dah jadi profesor, dah jadi pensyarah, apa perlu pimpinan? Saya boleh pimpin diri saya sendiri. Buat apa bersandar
pada orang lain?” Begitulah tabiat ulama sekarang. Sebab itu mana ada ulama
di akhir zaman ini yang ada kesedaran, bertaqwa dan yang baik dan menyenangkan hati kita. Kenapa? Sebab mereka fikir mereka tidak perlu dipimpin lagi. Sebab mereka rasa mereka banyak ilmu dan boleh pimpin diri mereka sendiri.

Akibatnya, kadang-kadang kita lihat orang awam yang tidak punya ilmu lebih baik lagi amalan dan akhlaknya manakala ulama hidup lintang-pukang dan merekalah yang sering
menimbulkan masalah dan huru-hara di tengah masyarakat. Mereka sudah tidak boleh dipimpin oleh manusia lagi. Lebih-lebih lagi mereka tidak mahu dipimpin oleh guru mursyid. Orang yang boleh memimpin atau mursyid hanyalah orang yang pintu hatinya terbuka iaitu yang mempunyai basirah (pandangan hati). Bukan sekadar akalnya sahaja yang terbuka. Ramai orang yang akalnya terbuka maka dia boleh menangkap
ilmu tetapi hatinya tertutup. Dia tidak boleh membaca hal-hal batin, hal-hal hati dan hal-hal rohani seseorang. Dia tidak dapat melihat sifat-sifat mazmumah dan sifat-sifat mahmudah seseorang. Lebih-lebih lagi dia tidak dapat mengubat penyakit hati seseorang. Mursyid itu ialah orang yang hatinya terbuka luas dan boleh memimpin orang lain. Dia tidak semestinya lebih alim daripada orang yang dipimpinnya.

Imam Hambali umpamanya dia tidak disebut sebagai ahli tasawuf sebab dia tidak mengarang kitab tasawuf sebaliknya hanya mengarang kitab ilmu-ilmu lahir sahaja. Tetapi yang sebenarnya dia juga alim dalam ilmu batin (kerana semua imam mazhab itu adalah mursyid dan pakar tasawuf). Dia tahu dan mengamalkannya. Imam Hambali dan imam-imam mazhab yang lain adalah orang-orang yang terpimpin dan mampu memimpin. Tambahan pada itu, menurut riwayat, Imam Hambali selalu merujuk kepada ulama-ulama, menziarahi Bisyru al Hafi, sering menziarahi ahli-ahli sufi di hujung negeri
Baghdad.

Guru mursyid itu mampu memimpin manusia kerana kelebihan yang ada pada dirinya. Dia lebih tahu tentang kecacatan dan kelemahan muridnya, tentang lahir dan batin muridnya, dia nampak dan boleh membaca hal-hal yang halus yang ada pada hati-hati muridnya. Dia nampak dan boleh tunjuk kelemahan muridnya dan boleh mendidik dan menunjuk ajar mereka. Cara ini sangat berkesan malahan lebih berkesan dari latihan-latihan yang lain dalam usaha untuk membaiki diri. Mursyid bukan ulama biasa. Setiap mursyid itu ulama tetapi bukan setiap ulama itu mursyid. Mursyid ialah orang yang di
samping mempunyai ilmu lahir, dia dianugerahkan pula oleh Tuhan dengan ilmu batin atau ilmu laduni, ilmu ilham, ilmu hikmah serta ilmu firasat hingga dia sungguh faham tentang soal perjalanan roh atau hati dan tentang penyakit-penyakit dan kelebihan-kelebihan hati. Dia mampu untuk memimpin, mendidik dan menunjuk ajar manusia dalam usaha mereka untuk memperbaiki diri dan menyucikan hati.

Mursyid adalah guru rohaniah yang telah terlebih dahulu mengamalkan ilmunya dan menyucikan hatinya. Justeru itu, dia mempunyai kelebihan-kelebihan rohaniah yang biasa dimiliki oleh orang-orang yang telah membersihkan dan menyucikan hati mereka. Disebabkan hatinya bersih, dia boleh menyelami hati-hati orang lain.

Jadi setiap orang mesti mencari seorang guru mursyid untuk memimpin dirinya walaupun dia alim. Lahir batinnya perlu diserah kepada guru mursyid. Ini adalah satu dari syarat untuk mendapat taqwa.
 
sekarang ramai ularmak yang belajar jauh-jauh dapatkan sijil untuk dapatkan kerja dan nama...
 
Back
Top
Log in Register