Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Grab Malaysia Tampilkan Permata Kulinari Negara Bersempena Dengan TMM 2026
Kredit: Grab Malaysia
Seiring usaha memperkaya pengalaman pelancong bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), Grab Malaysia (Grab) tampil memperkukuh peranannya sebagai rakan kulinari dan perjalanan dengan memudahkan pelancong meneroka warisan gastronomi, budaya dan pelbagai permata tersembunyi Malaysia melalui aplikasinya, Grab.
Pengarah Kanan Grab Malaysia Rashid Shukor berkata inisiatif yang dilaksanakan seperti 5-Star Eats Food Guide dan Pas Perjalanan Visit Malaysia 2026, menghimpunkan para peniaga, pencipta kandungan dan rakan kerjasama bagi mempromosikan keunikan Malaysia kepada khalayak tempatan dan antarabangsa.
“Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan peluang untuk menampilkan yang terbaik tentang Malaysia kepada dunia, dan kami mahu menyumbangkan kekuatan serta kepakaran kami ke arah merealisasikan matlamat bersama ini.
“Melalui GrabFood dan panduan 5-Star Eats, kami berhasrat memudahkan pelancong serta pengguna harian meneroka, dan menyokong rakan peniaga tempatan, sekali gus menikmati makanan dan budaya Malaysia dengan cara yang lebih mudah diakses dan tulen,” katanya dalam satu kenyataan.
Rashid berkata sama ada untuk menikmati kepelbagaian kulinari, meneroka mercu tanda budaya atau merancang perjalanan merentasi negara, Grab berperanan memudahkan pengalaman itu sambil mengangkat komuniti dan perniagaan tempatan yang menjadi nadi kepada keunikan Malaysia.
Menurut kenyataan Grab, 5-Star Eats merupakan panduan makanan dalam aplikasi di negara ini yang dikuasakan oleh jutaan penilaian dan ulasan sebenar pelanggan, sekali gus membantu pelancong mengenal pasti premis makanan yang mempunyai penarafan tinggi di seluruh negara.
“Inisiatif ini menyerlahkan peniaga tempatan yang secara konsisten menawarkan kualiti dan perkhidmatan cemerlang, yang seterusnya diangkat sebagai duta warisan makanan Malaysia, sekali gus meningkatkan keterlihatan perusahaan kecil dan sederhana dalam landskap pelancongan gastronomi negara yang semakin berkembang.
“Antara premis makanan yang ditampilkan menerusi 5-Star Eats ialah Restoran Village Park di Petaling Jaya; Restoran Hameediyah di Kuala Lumpur; Restoran Mat Binjai di Kuala Terengganu; serta Borenos Fried Chicken dan A1 Chicken Rice di Kota Kinabalu,” katanya.
Sementara itu, meneruskan kejayaan Rakan Grab Jelajah ASEAN pada 2025, Grab sekali lagi berganding bahu dengan Shahril Hamdan menerusi platform kandungan KS Lagi! untuk melancarkan Rakan Grab Jelajah Malaysia, sebuah siri kandungan tiga bahagian yang dihasilkan bagi menyokong TMM 2026.