BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geran Khas Interim RM1.5 Bilion Cermin Hasil Hubungan Erat Putrajaya-Sabah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Geran Khas Interim RM1.5 Bilion Cermin Hasil Hubungan Erat Putrajaya-Sabah​

ee3e19a21dd9d7074af3ba7e5f594dd26a1e20efec22b


Peningkatan bayaran geran khas interim Sabah kepada RM1.5 bilion setahun mencerminkan hasil hubungan erat serta rundingan berterusan antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh pembangunan di negeri ini.

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dilihat sebagai petunjuk bahawa pendekatan rundingan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mampu menghasilkan manfaat yang lebih ketara kepada rakyat.

Menilai perkembangan itu, Ahli Ekonomi Dr Awang Faisal Assyiffa berkata prestasi sesebuah pentadbiran perlu diukur berdasarkan hasil nyata yang boleh dibuktikan melalui data dan pencapaian konkrit, bukannya sekadar terpengaruh dengan retorik politik atau polemik semasa.

Beliau yang juga Ketua Eksekutif Cyberjaya College Kota Kinabalu berkata rekod sepanjang enam tahun kebelakangan ini menunjukkan Geran Khas Sabah meningkat hampir 28 kali ganda iaitu daripada RM53.4 juta setahun hingga 2020 kepada RM1.5 bilion setahun pada 2026.

“Pencapaian ini dianggap antara kejayaan fiskal signifikan dalam sejarah moden Sabah, yang akan mewujudkan ruang fiskal lebih besar untuk membiayai pembangunan infrastruktur, meningkatkan mutu pendidikan, perkhidmatan kesihatan serta memperluas jaringan utiliti negeri," katanya kepada Bernama.

Sabtu lepas, Anwar ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Penampang mengumumkan kenaikan geran khas interim bagi Sabah itu sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri dimuktamadkan.

Awang Faisal berkata peningkatan geran itu turut memberi konteks kepada pujian Perdana Menteri terhadap gaya kepimpinan Hajiji yang lebih menumpukan kepada tindakan dan hasil.

"Sinergi erat ini membuktikan bahawa tindakan Hajiji yang fokus kepada rundingan secara senyap amat dihormati oleh Perdana Menteri, sekali gus menterjemahkan persefahaman politik yang tinggi antara kedua-dua pemimpin demi kepentingan Sabah," katanya.

 
Back
Top
Log in Register