BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan Geran Khas Interim Sabah Bukti Keikhlasan Persekutuan Terjemah Tuntutan MA63

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kenaikan Geran Khas Interim Sabah Bukti Keikhlasan Persekutuan Terjemah Tuntutan MA63​

0e8eec39ce869ce34ffb3cf2c79ad4d862fa63c00bbab


Peningkatan bayaran geran khas interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion berkuat kuasa tahun ini disifatkan sebagai anjakan besar dalam menterjemahkan semangat tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada realiti pembangunan yang lebih inklusif.

Penyelidik Geopolitik dan Elektoral Sabah (GeoPES) Prof Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata langkah proaktif itu mencerminkan keikhlasan politik yang tinggi daripada kerajaan Persekutuan bagi merapatkan jurang kemajuan antara wilayah.

Beliau berkata ia merupakan satu usaha bersungguh-sungguh untuk merapatkan jurang pembangunan yang sekian lama memisahkan wilayah Borneo, khususnya Sabah dengan Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata dana berkenaan bukan sahaja memperkasakan autonomi kewangan negeri, malah membina semula kepercayaan rakyat terhadap komitmen kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan perkongsian hasil secara lebih adil dan telus.

"Ia juga menjadi isyarat jelas bahawa semangat perkongsian kuasa dan hasil bumi kini dilaksanakan secara lebih adil, telus serta berkesan demi kesejahteraan masa depan negara," katanya kepada Bernama.

Syahruddin turut menyarankan agar peruntukan besar itu diutamakan bagi menangani isu prasarana warisan yang mendesak seperti bekalan air bersih, kestabilan grid elektrik serta rangkaian jalan raya menerusi pelan pemulihan yang menyeluruh.

Selain infrastruktur asas, beliau berkata dana berkenaan wajar dimanfaatkan untuk menaik taraf sekolah daif, pemerkasaan klinik kesihatan desa serta program pembasmian kemiskinan tegar luar bandar.

Beliau menyifatkan kejayaan fasa awal itu membuktikan bahawa rundingan berasaskan fakta mampu menghasilkan penyelesaian konstruktif, sekali gus membuka ruang kepada pemuktamadan formula tuntutan 40 peratus hasil Sabah kelak.

 
Back
Top
Log in Register