BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Terima RM600 Juta Interim Pemberian Khas Pada 12 Jun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Sabah Terima RM600 Juta Interim Pemberian Khas Pada 12 Jun​

af46e143291dd2a2ee95877dbfbf99a76a5dc6305f015

Datuk Mohd Ishak Ayub

Kerajaan Negeri Sabah telah menerima RM600 juta daripada bayaran interim Pemberian Khas RM1.5 bilion oleh Kerajaan Persekutuan pada 12 Jun dan memohon baki RM900 juta juga disalurkan pada tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

Pembantu Menteri Kewangan II Sabah Datuk Mohd Ishak Ayub berkata amaun RM1.5 bilion itu hanya penyelesaian interim dan tidak boleh ditafsirkan sebagai persetujuan terhadap amaun muktamad yang sewajarnya diterima negeri itu.

Beliau berkata penerimaan kadar baharu itu juga dibuat tanpa prejudis terhadap hak perlembagaan Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Sabah kekal berpendirian tegas bahawa formula 40 peratus sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tamparuli), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) dan Alias Sani (Warisan-Sekong) mengenai status bayaran Pemberian Khas serta tuntutan hasil 40 peratus Sabah.

Mohd Ishak berkata beberapa siri surat-menyurat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bertarikh 9, 19 dan 26 Jun telah dilakukan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peningkatan bayaran interim itu pada sambutan Pesta Kaamatan pada 30 Mei.

Sementara itu, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Rina Jainal berkata kerajaan negeri masih mengekalkan kadar bantuan kebajikan antara RM200 hingga RM350.

Beliau berkata kesediaan kerajaan negeri meningkatkan peruntukan bagi bantuan berkenaan bergantung kepada kedudukan kewangan semasa negeri.

“Bagi bantuan kebajikan Persekutuan, kenaikan kadar bantuan adalah berdasarkan bajet Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan di Parlimen,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register