BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Harap Bayaran Interim RM1.5 Billion Disalur Segera Demi Manafaat Rakyat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

Sabah Harap Bayaran Interim RM1.5 Billion Disalur Segera Demi Manafaat Rakyat​

d5a966f2383a841680ece4d160801a8a6a1bb14f38ee6


Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan pengumuman bayaran geran khas interim sebanyak RM1.5 bilion kepada negeri itu dan berharap dana berkenaan dapat disalurkan segera demi manfaat rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam amat dihargai, di samping menyambut baik jaminan Anwar untuk terus menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan apa yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hajiji berkata jaminan yang diberikan Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan terhadap hak-hak Perlembagaan Sabah.

Beliau menegaskan kerajaan negeri komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua peruntukan di bawah MA63, khususnya pemberian khas 40 peratus, dapat direalisasikan.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan peningkatan geran khas interim kepada Sabah yang melonjak kepada RM1.5 bilion tahun ini berbanding RM600 juta sebelum ini.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan sebagai penyelesaian sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri itu dimuktamadkan menerusi perundingan rasmi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

 
Back
Top
Log in Register