BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar bunyi guruh panjang

dont worry semua. manusia tetap lalai dan terus melakukan dosa.

terus berzina. tonggak air kencing setan dan air kencing manusia.

yg politik, terus mengenci rakyat sekencing2nya.

yg peniaga, terus mencekik pengguna sampai mam.pus.


nak bertaubat mmg jauh sekali la..

ini janji2 Allah.

Allah da bg peringatan 5 kali sehari, pagi petang siang malam.
tu pun manusia alpa.
duk takut pd amaran y kdg2 dtg.
tu makna amaran da bertambah.
sapa da cukup, xde mslh.
sapa y syg dunia, mgkin tkt pd mati.
 
Sue. @susususue

Rumah aku kat bukit serdang hujan. Aku duk rumah sorg je, tapi hujan ni aku dah pelik. sebab bunyi kuat gila macam tingkap rumah aku dah retak. sekali keluar rumah tgok HUJAN BATU WEH. kali kedua berlaku. Masya-Allah kuasa Allah. Aku kutip mcm ais sejuk dia

DjftqvJU0AACqKE.jpg

DjftqvKV4AAA2hX.jpg
 
bila matahari akan terbit melaui barat..3 hari akan menjadi gelap... manusia akan ingat itu adalah kejadian alam ... manusia tidak melihat kejadian alam tanda kekuasaan Allah...tapi kerana fenomena alam.

dan selepas itu pintu taubat telah tertutup.. segala amal baik tidak lagi diterima..

org kaya mula menginfaqkn emas kepada golongan fakir, tetapi sudah tiada nilai di sisi Allah..

Allahurabbi..
 
Semalam first time sepanjang aku hidup dengar guruh yg amat panjang dari kebiasaan..
 
Gempar bunyi kuat di Puchong

image.jpg

Tular gambar objek misteri yang dikaitkan dengan bunyi kuat menggemparkan penduduk Puchong malam tadi

PUCHONG - Ribuan penduduk Puchong semalam gempar dan cemas apabila merasai gegaran dan mendengar bunyi guruh kuat dalam tempoh lama kira-kira jam 8 malam semalam.

Gegaran turut dirasai penduduk sekitar Cyberjaya dan Putrajaya malah perkara itu dikongsi netizen di media sosial.

Turut mengejutkan apabila tular rakaman objek misteri bersama kilat seolah-olah membentuk cahaya menuju ke langit.

Penduduk mendakwa ketika bunyi guruh luar biasa itu, alat penggera kenderaan kebanyakkan kereta berbunyi tanpa henti dalam insiden berlaku ketika hujan lebat malam tadi.

Netizen, Sarah Alveorr dalam status dimuatnaik dalam akaun Facebook miliknya berkata terdengar bunyi dentuman kuat seolah-olah pintu digegarkan.

“Bunyi dentuman kuat…bergegar-gegar pintu rumah dan tingkap…apa benda tu…,”muatnaiknya.

Fizzi Zain pula berkata, keadaan turut dirasai di Seri Kembangan.

“Sama la kat (dekat) Seri Kembangan ni…ternampak cahaya terang…pastu (lepas itu) bunyi guruh panjang…saya suspek meteor kecik (kecil) terbakar kat langit sebelum terhempas,”katanya.

Norhayati Abu ATie pula berkata, kilat masuk hingga ke ruangan dapur rumahnya.

“SubhanaAllah…ye kat P14E1 pun macam tu…kilat macam nak masuk kat dapur tengah nak masak…kuat gila bunyinya…bergegar satu rumah…telinga rasa berdengung,”katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan gempa bumi malam tadi.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/gempar-bunyi-kuat-di-puchong-1.862926
 
munkin meteor laa kot..
 
8 malam...aku baru habis makan tosay kat NZ atas, Wangsa Maju...mungkin jauh langsung tak dengau...

Sedap tosay dia...
 


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Hujan ais dilaporkan berlaku di kawasan Bukit Jalil ketika hujan lebat kira-kira pukul 3 petang ini.

Beberapa video kejadian itu dimuat naik orang ramai di laman media sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Video berkenaan ditonton lebih 10,000 pelayar selain turut menerima 1,000 perkongsian.

Menurut akaun Facebook Pak Toyyib, hujan yang amat lebat di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil sebentar tadi telah menurunkan ketul-ketul ais.

“Subhanallah, hujan yang amat lebat di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil sebentar tadi menurunkan ketul-ketul ais dari langit.Biarpun tidak lama tapi mengujakan. Waktu maghrib malam tadi pula berlaku bunyi guruh yang kuat seakan satu letupan memeranjatkan jemaah di surau,” ujarnya.

Sementara itu, sebuah lagi pemilik akaun Facebook, Halimah Cha, itu pengalaman pertama dilaluinya sepanjang duduk di sekitar Bukit Jalil dan berharap tiada perkara buruk berlaku.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-hujan-ais-di-bukit-jalil-1.720648#ixzz5MukfuM5G
 
Back
Top
Log in Register