lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Bunyi Di Sebalik Pagar… ‘Po... Po... Po...’ (Jepun)
Kat Jepun ada sejenis hantu yang berdasarkan kepercayaan rakyat sana (folklore) - menda alah ni bukan setakat tinggi. Dia ada satu bunyi yang sangat disturbing. Dan kalau dia dah "nampak" mangsa dia, memang tak boleh lari dah melainkan si mangsa tu kena keluar terus dari kampung tu selamanya.
Nama dia Hachishakusama (Si Wanita Lapan Kaki).
Ini legenda moden Jepun (datang dari forum 2chan) yang sangat famous sebab tahap keseraman dia yang spesifik.
Kisah Bermula...
Di sebuah kampung terpencil di wilayah pedalaman Jepun…
Tengah hari tu cuaca panas terik. Akira, budak remaja yang tengah balik kampung melawat atuk nenek dia masa cuti musim panas - tengah lepak kat beranda rumah atuk dia, menikmati tembikai yang sejuk.
Suasana kampung masa tu sunyi, cuma bunyi riang-riang (cicadas) yang bising: ‘Eeeeeeeee...’
Tiba-tiba, di sebalik bunyi riang-riang tu, Akira terdengar satu bunyi yang pelik…. Bunyi suara wanita yang sangat dalam (deep masculine voice), tapi berirama.
‘Po... Po... Po... Po... Po...’
Bunyi tu datang dari arah pagar pokok renek (hedge) yang tinggi kat tepi jalan depan rumah atuk dia. Akira pun memanjangkan leherya jenguk nak tengok siapa. Pagar tu tinggi, lebih kurang 2 meter lebih.
Tapi... Akira boleh nampak ada topi jerami yang wanita kat kampung tu selalu pakai, sedang bergerak-gerak di atas pagar tu. Maksudnya, perempuan tu mesti tinggi gila, sebab kepala dia melepasi pagar 2 meter tu!
Topi tu berhenti, dan di celah-celah daun pagar - Akira nampak ada mata yang sedang merenung dia. Muka perempuan tu pucat, dan dia pakai baju gaun putih yang labuh.
Dia senyum lebar sampai ke telinga, dan mulut dia terus buat bunyi tu:
‘Po... Po... Po... Po...’
Kemudian dia tetiba ghaib dan hilang.
Akira lari masuk rumah dan cerita kat atuk nenek dia sambil gelak, "Atuk, nenek… tadikan ada perempuan tinggi macam galah sesat kat luar tu."
Atuk dia terus terdiam. Nenek dia terlepas cawan teh yang dipegangnya sampai jatuh pecah.
Atuk: "Kamu nampak dia? Dia nampak kamu tak?"
Akira: "Nampak... dia senyum tok."
Atuk dia terus kunci semua pintu dan tingkap. Muka atuk dia pucat lesi macam mayat.
Atuk: "Itu Hachishakusama. Dia dah tanda kamu. Kamu takkan selamat sampai esok pagi."
Ritual Kurungan
Malam tu, Akira dikurung dalam bilik tidur atuk dia. Setiap bucu bilik diletakkan garam kasar. Kat tingkap ditampal kertas mantera (Ofuda). Dan atuk dia bagi satu patung Buddha kecil suruh genggam jangan lepas.
Atuk dia pesan: "Jangan buka pintu untuk sesiapa pun sampai pukul 7 pagi besok. Walaupun atuk atau nenek yang panggil. JANGAN SESEKALI, faham?"
Pukul 2 pagi.
‘Tok... Tok... Tok...’
Pintu bilik diketuk.
Suara Nenek: "Akira... bukaklah pintu ni sekejap... bagi nenek masuk cu… nenek takut sorang-sorang kat luar ni..."
Akira dah pegang tombol pintu nak bukak. Kesian pulak kat nenek dia. Tapi tiba-tiba dia perasan sesuatu.
Lampu kat kertas mantera (Ofuda) kat tingkap tu berubah warna jadi hitam.
Dan di sebalik suara "Nenek" itu... ada bunyi latar yang perlahan…
‘Po... Po... Po... Po...’
Akira tarik tangan dia serta-merta. Tu bukan nenek!
Sepanjang malam, benda tu ketuk tingkap, ketuk dinding, cari jalan masuk. Bunyi Po... Po... Po... tu makin lama makin laju dan marah.
Pelarian (The Escape)
Esok paginya, satu keluarga besar Akira (sedara-mara) datang naik van. Sampai je kat rumah atuk dan neneknya, tanpa berlengah - diorang letak Akira duduk tengah-tengah, dihimpit oleh pakcik-pakcik dia dengan tujuan nak sorokkan aura Akira. Cermin van ditutup gelap.
Sebelum gerak, atuknya berpesan: "Akira, kamu tunduk aje tau. Jangan pandang luar."
Van bergerak laju keluar dari kampung.
Masa lalu jalan kampung, Akira dengar bunyi tu lagi. Tapi kali ni bunyi tu mengejar van.
‘PO PO PO PO PO PO!!!’
Akira terpandang sikit kat cermin sisi – dia nampak perempuan tinggi tu sedang berlari mengejar van diorang. Langkah dia panjang gila, sekali langkah je dah 3 meter. Muka dia pulak betul-betul kat sebelah tingkap van, merenung masuk cari Akira.
Pakcik-pakcik dia baca mantera kuat-kuat sampai la diorang melepasi sempadan kampung (Jizo statue).
Benda tu berhenti di sempadan. Dia tak boleh keluar dari kawasan kampung tu.
Akira selamat balik ke bandar, tapi dia tak boleh dah lagi jejakkan kakinya datang ke kampung atuk dia lagi seumur hidup, sebab Hachishakusama masih menunggu dia di tepi pagar tu.
Refleksi Kisah
Nota Penting:
Sumber Cerita Asal: Dari 2chan (forum Jepun macam 4chan).
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng

- Hachishakusama (Eight Feet Tall):
- Hachi (8), Shaku (unit ukur lama Jepun, ~30cm), Sama (Gelaran hormat). Jadi tinggi dia lebih kurang 2.4 meter (8 kaki).
- Hantu ni unik sebab dia suka "simpan" mangsa (terutamanya budak lelaki/remaja) untuk diri dia sendiri.
2. Bunyi "Po... Po... Po...":
- Ini signature dia. Bunyi ni dikatakan bukan suara mulut, tapi bunyi tulang tekak dia yang panjang tu bergetar.
- Suara dia garau (maskulin) berbeza dengan rupa dia yang pakai baju wanita.
- Konsep "Tanda" (Marking):
- Dalam folklore Jepun, kalau hantu dah "tanda" atau "suka" kat seseorang, susah nak elak.
- Mangsa terpaksa pindah jauh (exile) sebab ikatan tu hanya kuat kat kawasan hantu tu je.