BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gangguan bunyi mistik di tengah siang, lama-kelamaan dia berani tunjukkan diri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,479
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,479
Reaction score
1,681
Points
201


Dulu hanya bunyi, kini mula tunjuk 'diri'!


Kuala Lumpur: "Saya sudah mati akal cari jalan bagi menghentikan gangguan ini," kata Nur Aina Amalina Karim, 31, yang buntu kerana keluarga sering mengalami gangguan mistik di rumah di Kampung Kutan Sungai, Tumpat, Kelantan, sejak Mei lalu.

Nur Aina berkata, dia dan suami, Mohd Faisal Usop, 31, serta empat anak berusia antara tujuh hingga 13 tahun dan seorang anak saudara berusia 15 tahun mula mengalami gangguan misteri itu sejak 25 Mei lalu menyebabkan hidup mereka kini tidak tenteram.

"Rumah ini milik suami dan kami tinggal di sini sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini, kami tidak pernah berdepan sebarang gangguan mistik.

"Namun beberapa hari selepas Hari Raya Aidiladha, kami mula dengar macam-macam bunyi termasuk orang mengilai, menangis, menjerit serta suara kanak-kanak," katanya ketika dihubungi.

Nur Aina yang bekerja sebagai pembantu kedai berkata, bunyi yang didengari mereka itu menyebabkan anak-anaknya hidup dalam ketakutan.

Katanya, paling membimbangkan apabila kebelakangan ini gangguan beralih kepada penampakan yang menyebabkan anak-anaknya semakin ketakutan pada waktu malam.

"Sebelum ini kami dengar bunyi, tapi kebelakangan ini ia mula menunjukkan 'diri'.

"Setakat ini sudah kira 10 ustaz serta perawat dipanggil ke rumah saya bagi menghentikan gangguan itu. Namun selepas mereka pulang, gangguan itu datang semula," katanya.

Menurutnya, anak-anaknya paling terjejas akibat gangguan itu kerana mereka yang kerap diganggu.

"Rumah kami adalah rumah dua tingkat. Saya dan suami tidur di bilik tingkat atas, manakala anak-anak di bilik mereka di tingkat bawah.

"Setiap kali diganggu, mereka akan menjerit ketakutan menyebabkan saya dan suami bergegas turun bagi mententeramkan anak-anak.

"Gangguan itu menyebabkan saya letih dan tertekan.
Malah saya dan suami tidak boleh tidur lena kerana kerap terjaga dengar jeritan serta tangisan anak-anak," katanya.

Mengulas mengenai tindakannya memuat naik mengenai kisah itu, Nur Aina berkata, tujuan dia berbuat demikian kerana mahu mencari ustaz dan perawat yang boleh membantu menghentikan gangguan terbabit.

"Saya minta anak saudara buat hantaran mengenai gangguan itu.
Malah, suami pun ada muat naik video serta gambar di media sosialnya bagi mencari pihak yang boleh membantu kami.

"Bagaimanapun, ada pihak yang merasakan kisah kami sekadar mahu mendapat perhatian sehingga suami dikecam apabila memuat naik hantaran berkaitan itu.

"Orang boleh cakap macam-macam mengenai kami kerana ia tidak berlaku pada diri sendiri.
Apabila mereka berada di tempat saya dan anak-anak, mungkin baru mereka faham apa yang kami alami," katanya.


Sumber : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register