BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar Puting Beliung kek Mersing..

azrine

Legendary Member
gem
Messages
14,535
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
561
Points
166
Angin kencang selama 10 minit turut rosakkan khemah peniaga

putingbeliung.jpg


PUSARAN angin puting beliung yang melanda Teluk Buih, Air Papan, Mersing, semalam sempat dirakam pembaca setia Berita Minggu.

MERSING: “Saya hanya mampu berdoa agar puting beliung itu tidak menghala ke arah kami yang sedang berniaga kerana ngeri mengenangkan ribut memusnahkan Bazar Ramadan Melaka tahun lalu yang mengorbankan beberapa mangsa.

"Doa kami dimakbulkan apabila puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya saja sudah cukup untuk merosakkan beberapa gerai di sini,” kata Rosli Derani, 42, peniaga pasar lambak Jalan Makam, di sini.

Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin itu, dia yang berniaga sup tulang dapat melihat dengan jelas pusaran angin bergerak menghala ke Teluk Buih sambil tempiasnya terasa sehingga ke kawasan perniagaan itu.

Walaupun puting beliung yang dilihat bermula dari Pulau Setindan berhampiran Pantai Teluk Buih itu tidak menghala ke pasar lambak, tempiasnya sudah cukup menyebabkan hampir 10 khemah peniaga rosak bersama puluhan bot gentian kaca milik nelayan yang diterbangkan angin.

Kejadian berterusan kira-kira 10 minit itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di daerah ini dan menggemparkan penduduk sekitar Kampung Air Papan dan Teluk Buih. Walaupun tiada kemalangan jiwa, sekurang-kurangnya empat bot nelayan musnah dan bumbung jeti pangkalan Teluk Buih diterbangkan angin kencang.

Pengunjung dari Kluang, Muslim Abdullah, 46, berkata ketika kejadian beliau yang berada di atas jeti sempat menyelamatkan diri dengan berlindung di kawasan selamat manakala orang ramai di sekitar pantai bertempiaran lari mencari perlindungan dalam keadaan bot gentian kaca berterbangan dibawa angin kencang.
“Bot yang berat itu mampu diterbangkan angin bagaikan kertas yang melayang sebelum jatuh menghempap jeti. Syukur saya dan anak terselamat... kalau terperangkap dalam pusaran angin itu, sukar untuk digambarkan nasib kami," katanya.


mak aiii..


:o:o:o:o
 
Last edited:
sudah ketentuan.... :) Allah Maha Berkuasa
 
Dekat da tuuu,peringatan dari Nya...
 
ade sumting wrong jd kot
msia ni da byk bencana pelik
 
sbb pilih pemimpin x menjalankan hukum Allah la jadi camni..
 
tempias pon dah bole rosakkan gerai.... masyaAllah.
 
ade sumting wrong jd kot
msia ni da byk bencana pelik

kalu kita alpa..peringatan akan diberikan oleh DIA Yang Maha Berkuasa..

semoga kita semua sedar segera..

sebelum terlambat..


:)
 
Dahsyatnya kuasa Allah..

Dah macam dekat US..
 
Back
Top
Log in Register