BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puting Beliung: Seorang Warga Emas Cedera, 33 Rumah Rosak Di Labuan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Puting Beliung: Seorang Warga Emas Cedera, 33 Rumah Rosak Di Labuan​

dc685ee77cd14a10b98524f962a42cbc6a03f5d456797


Seorang lelaki warga emas cedera manakala 33 rumah rosak dalam kejadian ribut seperti puting beliung di kawasan perumahan MPL, Tanjung Aru, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, mangsa Wong Kwet Kiong, 64, mengalami kecederaan di kepala selepas terkena objek yang diterbangkan angin dan dihantar ke Hospital Labuan untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Abdul Rahman Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.12 malam sebelum mengerahkan sebuah jentera bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, kawasan perumahan itu dalam keadaan gelap kerana gangguan bekalan elektrik. Beberapa jalan turut terhalang akibat dipenuhi serpihan dan objek tumbang.

“Jumlah sebenar penduduk yang terjejas masih disiasat kerana ramai telah berpindah sementara ke rumah saudara-mara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahman berkata anggota bomba menumpukan kepada kerja membersihkan jalan dan mengalihkan objek berselerakan bagi memastikan kawasan itu selamat untuk kegunaan penduduk serta laluan pasukan kecemasan.

“Beberapa kenderaan di kawasan rumah yang terjejas turut rosak akibat dihempap objek manakala beberapa pokok besar di kawasan sekitar tumbang akibat angin kencang,” katanya.

Mangsa, Azahar Aziz, 36, berkata ketika kejadian dia berada di rumah bersama ibu bapa dan adik-beradiknya.

“Kejadian bermula dengan hujan diikuti kilat dan angin kencang menyebabkan kami segera menutup tingkap.

 
Back
Top
Log in Register