BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Perkasa Inisiatif Program Ihsan Food Bank Tahun Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

KPDN Perkasa Inisiatif Program Ihsan Food Bank Tahun Ini​

4715aa711f5129aeff43fd50123817096a2508618b799

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ketika hadir pada Pelancaran Program Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB)@ KFC di cawangan KFC Menggatal hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat untuk memperkasakan program Ihsan Food Bank (i-FB) pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata usaha itu akan menjadi rujukan kepada semua pihak dalam melaksanakan program berkenaan.

“Kami berhasrat untuk memperkasakan program i-FB supaya kami dapat menerbitkan dan menggubal pelan tindakan program ini,” katanya selepas merasmikan Program Inisiatif i-FB di sini hari ini.

Armizan turut mempelawa penglibatan sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi berkaitan dalam i-FB, sama ada sebagai penyumbang atau pihak yang terlibat dalam proses pengagihan serta mengenal pasti kumpulan sasar.

Beliau berkata penglibatan semua pihak akan mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi memastikan usaha memperkasakan program i-FB dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Menurut Armizan, inisiatif i-FB menekankan usaha menyemarakkan nilai ihsan dan belas kasihan dalam masyarakat untuk bersama-sama menyantuni komuniti, khususnya golongan rentan dan kumpulan sasar.

“Inisiatif ini menggabungkan tiga objektif utama, iaitu menyantuni komuniti, menyayangi alam sekitar dan menyelamatkan lebihan makanan yang masih selamat untuk dimakan,” katanya.

Armizan ketika mengulas mengenai program itu berkata QSR Brands (M) Holdings Bhd menjadi antara rakan strategik awal dalam memperkasakan pelaksanaan program berkenaan dengan projek i-FB@KFC melibatkan 10 restoran di Sabah dan 10 NGO yang bekerjasama dengan restoran KFC yang terlibat.

Beliau berkata projek i-FB@KFC akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat dengan penglibatan lebih banyak restoran, NGO dan institusi berkaitan bagi meningkatkan usaha menyelamatkan lebihan makanan serta membantu golongan yang memerlukan.

 
Back
Top
Log in Register