BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puting Beliung: Perbadanan Labuan Akan Baiki Kerosakan Balai Raya Kampung Sungai Miri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
561937531c4bcc1107bda911b90077f468ef765dbeb85

aaeadec5395d6e223b3b02421281768468ef76728b19f

3740a28959ddc030d9ba42d21a5d863a68ef766897f16


Balai raya Kampung Sungai Miri di sini yang mengalami kerosakan teruk akibat puting beliung Ogos lepas akan menjalani kerja-kerja pembaikan tidak lama lagi menerusi pembiayaan Perbadanan Labuan (LC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata kerja-kerja pembaikan itu dibiayai menggunakan dana kecemasan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata selain balai raya, kejadian pada 29 Ogos itu juga menyebabkan kerosakan terhadap sekurang-kurangnya 29 rumah di lapan kampung serta Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha di Kampung Sungai Lada.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Pendidikan juga akan menghulurkan bantuan untuk kerja-kerja pembaikan bagi memastikan struktur terjejas khususnya kemudahan awam dapat dipulihkan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian hari ini.

Dr Zaliha berkata bantuan kewangan segera daripada LC juga telahpun disalurkan kepada keluarga terjejas sejurus selepas bencana terbabit bagi meringankan beban mereka.

 
Back
Top
Log in Register