BTC USD 83,002.0 Gold USD 4,155.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar Keris Taming Sari

tapi rasenyer mcm Tun Mamat tu, simpan sendiri jer keris nie dia tak bagi kat sultan pun... dia bagi kat sultan keris yg klon gred AAA... sampai sekarang org tak tau ...ni cerita yg paling betul! pasal masa tu, tun mamat tak konfiden sultan boleh jaga keris tue. :-?

jadinya di mana keris tu skrg? tun mamat simpan ke?..menarik info ni..
 
taming sari dari jawa asalnya...
tapi bila tengok gambar sarung dan hulu dari jenis keris semenanjung ....
 
Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman

Pada tahun 1971, di atas kegigihan Mahaguru Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayongnya, beliau telah dikurniakan bintang kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar.

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman merupakan orang pertama diletakkan keris Taming Sari di atas kepalanya, iaitu sebelum beliau dikurniakan anugerah darjah kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini oleh Sultan Perak. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman, keris Taming Sari itu sangat berdaulat kerana sebaik sahaja tamat upacara penganugerahan tersebut dan apabila beliau telah kembali semula ke rumahnya, beliau telah diserang seram sejuk yang teramat sangat sehingga menyebabkan beliau mengamuk dan bertempik tidak tentu arah. Beliau tidak pernah mengalami perasaan yang sedemikian sepanjang beliau melibatkan diri dalam Silat Seni Gayong. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman lagi, keris Taming Sari ini telah diserahkan oleh Sultan Mahmud Shah kepada anakandanya Raja Muzaffar yang hendak dirajakan di Perak. Sultan Mahmud juga telah menitahkan Raja Muzaffar supaya menamakan semula negeri Gangga Negara (nama lama Perak) dengan nama Perak, sempena nama Bendahara Melaka, Paduka Tun Perak.

sumber : http://silatgayong.org/sejarah/dato-paduka-chura-simanja-kini
 
keristaming.jpg


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.

Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.

sumber : keris-Alat-Alat Kebesaran Negeri Perak

adakah ini adalah gambar sebenar keris taming sari? :-?

betul ke ini keris yg diguna hang tuah dulu!:o:o:o:o:o
 
yg aku tau sblm mnghlngkn diri hang tuah tlh benamkn keris dia di sungai duyung sblm ghaib..siapa pula yg pg ambk keris tu..ni keris hang kebun kot!
 
betul...ada cerita mengatakan keris tersebut tenggelam....tp keris apa lak nih? takkan Sultan Perak tak tahu keris tu asli atau tidak kan kan..kalau lah betul itu keris taming sari maka betul la Hang Tuah itu wujud bukanya mitos seperti yg sesetengah org fikirkan..

bro... hang tuah dan 4 sahabat karib tue wujud... bukan dongengan...

Melayu tulen... bukan kacukan cina melayu ke...

beliau meninggal... ada kuburnya... bukan keramat mcm disangka...
 
Back
Top
Log in Register