BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar Keris Taming Sari

kalau x silap aku taming sari tu nama pendekar jawa, keris tu dia punye, camna ada banyak versi lak?


hang tuah dapat lepas kalahkan dia. tu yang dia panggil keris taming sari
 
alat_kebesaran.gif


keris_taming.jpg


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.

Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.

rujuk http://sultan.perak.gov.my/bahasa/keris_taming.htm
 
yg aku tahu dari kisah asal,Hang Tuah membuang keris taming sari di muara Sungai Duyung di Melaka selepas beliau berjaya menumpaskan Jebat dalam pertembungan yang memakan masa selama 7 hari, 7 malam.

Beliau buat begitu kerana tak mahu keris berkenaan jatuh ke tangan mereka yg tidak bertanggungjawab.keris berkenaan dipercayai memberi kuasa kekebalan kepada pemiliknya..Taming Sari dihadiahkan kepada Hang Tuah oleh Raja Majapahit semasa lawatan beliau kerana baginda Raja Majapahit kagum dengan ketangkasan Hang Tuah bersilat dan menumpaskan pendekar baginda. :) :)
 
org kate..putri gng ledang ni mitos sb tataw ujung pangkal kewujudan dier. hang tuah pn same.. tataw perihal kematian dier. semue jd x sahih dan misteri. so..keris tu wujud ke x wujud..? konnon2 diperbuat dr bermacam2 jenis besi. x jenuh ke si pembuat keris tu nk cari mcm2 jenis besi? aku kompius la.
 
cam mana la nak tau tu keris betul ke tak...
kasi test terbang kat udara skit
 
husband sy penah tgk taming sari ni, ada buat pameran di muzium DiRaja kuala kangsar.My hubby ckp penuh muzium tue ngan polis serta staf istana utk menjaga keris tue.kali terakhir dipamerkan keris tu pada umum hampir 15 thn dulu.

bila la ada pameran camtu lg kan...nk juga tgk keris tu secara live...
 
macam2 versi cita ada. dah jadi misteri nih. bleh masok misteri nusantara. jangan biarkan hidop anda diselubungi....misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :p
 
Back
Top
Log in Register