Dalam usaha kita yg terus menerus (sejak bertahun dulu) utk educate dan mengubah mentaliti perbincangan warga CG ke arah lebih positif dan terbuka, fungsi ini kita wujudkan hanya utk topik yg berkaitan dengan Q&A. Dimana segala jenis topik berbentuk persoalan atau permasalahan yg memerlukan penyelesaian (mengikut kategori seksyen) akan dijawab atau dikongsi oleh ahli lain.
Topik Q&A yang sukses, tepat, dan tidak "abusive" seharusnya ada 2 unsur :
- Persoalan, permasalahan - yang memerlukan penyelesaian jelas.
- Perkongsian solusi, jawapan
i) Berdasarkan
pengetahuan, atau fakta, atau pengalaman. Jika ianya menyelesaikan masalah Thread Starter dan pembaca yg mempunyai masalah yang sama, kebiasaanya post inilah sepatutnya dikira sebagai satu
"Solution".
ii) Bersandarkan hanya
teori, persepsi, agakan. Ia hanya merupakan suatu pendapat peribadi yang solusinya tiada kepastian, namun jika perkongsian ini dikira relevan dan bermanfaat oleh Thread Starter dan pembaca. Tak selalunya jadi kebiasaan, tapi kebarangkalian tetap ada untuk ia menjadi suatu solusi kepada persoalan,
Ringkasan antara penggunaan
"Solution", "Upvote", "Downvote" :-
Solution
- Hanya boleh digunakan oleh Thread Starter.
- Thread Starter hanya boleh pilih satu posting yang terbaik sebagai "Solution" (dan boleh tambah upvote untuk beri kredit pada post tersebut.
Upvote/Downvote
- Semua ahli boleh vote termasuklah Thread Starter.
- Upvote untuk beri kredit pada sesuatu posting yang
relevan dan bermanfaat.
- Downvote untuk beri kredit negatif terhadap sesuatu solusi yang salah atau tidak tepat.
Nota :
- Fungsi Q&A Threads ini masih dalam tahap percubaan, namun kredit yg diberi akan tetap dikira dalam sistem kredit yg akan kita wujudkan pada masa akan datang, dimana kredit ini boleh digunakan untuk conversion bermacam jenis tawaran yg kita akan buat eg: ewallet top-up, forex trading account, etc etc
- Buat masa ini Q&A threads hanya terdapat dalam seksyen Santai, Others di bawah prefix "Q&A" dan di semua threads di semua seksyen forum yang relevan untuk di"convert" menjadi Q&A thread, yang mana sempat dilihat, dimana ianya ditukar secara manual oleh moderator (bergantung kepada availability mereka).
- Kita expect akan ada "abuse" votes terhadap posting posting yang sama sekali tidak layak dinilai sebagai bernilai, mungkin terlalu kerap dilakukan oleh spesifik ahli yang sama. Jadi moderator kita akan berperanan untuk suspend ahli tersebut dalam memberi sebarang Q&A votes, atau kita akan hanya tawarkan upvote sahaja, semua akan dinilai dalam masa percubaan kita.