Sebenarnya, ada risiko dalam kedua-dua trading forex dan saham, tapi ada perbezaan yang boleh diambil kira.
Ok kita start dengan forex. Trading forex melibatkan membeli dan menjual mata wang asing. Risikonya terletak pada fluktuasi nilai mata wang itu sendiri. Nilai mata wang boleh berubah secara pantas dan tidak dapat diramalkan dengan tepat. Sebagai contoh, jika kita beli mata wang pada satu harga, dan kemudian nilai mata wang itu jatuh, kita mungkin menghadapi kerugian. Tapi, di sebalik risiko itu, terdapat potensi untuk mendapat pulangan yang tinggi jika kita dapat mengambil keputusan yang bijak dalam trading forex.
Untuk trading saham pula , ia melibatkan membeli dan menjual saham syarikat. Risikonya terletak pada prestasi dan keadaan syarikat itu sendiri. Contohnya, jika kita memiliki saham syarikat yang tiba-tiba mengalami masalah kewangan atau reputasi yang terjejas, nilai saham itu mungkin jatuh dan kita akan mengalami kerugian. Tetapi, trading saham juga memberikan peluang untuk memperoleh dividen dan pertumbuhan nilai saham jika syarikat itu berkembang dengan baik.
Jadi, baik trading forex mahupun saham, risikonya ada, tapi keputusan bergantung pada tahap risiko yang kita bersedia ambil. Penting untuk melakukan research, memahami pasaran, dan menggunakan strategi yang sesuai dengan keadaan semasa.
Dan yang penting trade dengan jumlah yang kita mampu untuk hilang saja.
Sekian terima kasih