BTC USD 75,787.3 Gold USD 4,322.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DVS Lancar Lima Buku Panduan Penternakan Unggas, Perkukuh Penyampaian Maklumat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

DVS Lancar Lima Buku Panduan Penternakan Unggas, Perkukuh Penyampaian Maklumat​

83e2d9213161aa35bacf171d315816586a9a9ff9ba667

fb Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini melancarkan lima Buku Panduan Penternakan Unggas Jilid Terkini (Edisi 2025), bagi memperkukuh penyampaian maklumat teknikal kepada penternak dan pemain industri.

Buku panduan berkenaan juga bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan ladang meliputi penternakan ayam kampung, ayam pedaging, ayam penelur, itik dan puyuh.

DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penerbitan buku panduan itu hasil kerjasama antara sektor awam, ahli akademik dan pemain industri yang menggabungkan kepakaran teknikal serta pengalaman sebenar di lapangan.

“Lima buku panduan ini menyediakan rujukan teknikal menyeluruh dan praktikal meliputi pemilihan baka, pengurusan reban terbuka dan tertutup, pemakanan termasuk sumber makanan alternatif, program kesihatan dan pemvaksinan serta biosekuriti ladang untuk rujukan pegawai teknikal, penternak serta pengusaha.

“Buku panduan ini turut merangkumi aspek analisis ekonomi dan daya maju projek termasuk Nilai Kini Bersih (NPV), Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan Margin Kasar, sekali gus membolehkan buku berkenaan dijadikan rujukan bermula daripada peringkat perancangan dan pemeliharaan sehingga produk dipasarkan,” menurut kenyataan itu.

Majlis pelancaran buku panduan berkenaan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Luqman Ahmad pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, semua buku panduan berkenaan boleh diakses secara digital melalui kod respons pantas (QR) dan portal rasmi DVS, sekali gus memudahkan penternak, pegawai teknikal, pengusaha serta masyarakat membuat rujukan pada bila-bila masa.

DVS memaklumkan, pelancaran lima buku itu amat bertepatan dengan keperluan semasa industri, bagi memperkukuh Amalan Penternakan Baik (GAHP/MyGAP), meningkatkan tahap biosekuriti, memperkemas pengurusan kesihatan ternakan serta memastikan pemantauan prestasi ladang dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan berkesan.

 
Back
Top
Log in Register