Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Penyampaian Maklumat Tepat Kepada Rakyat Terus Jadi Keutamaan - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini.
Agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing dengan memastikan maklumat yang benar, tepat dan mudah difahami dapat disampaikan kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata peranan itu penting khususnya dalam memastikan rakyat memahami sesuatu dasar, program atau perkara berkepentingan awam dengan menyeluruh, sekali gus mengelakkan kekeliruan serta salah tafsir.
Fahmi berkata perkara itu termasuk laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), yang menurutnya akan dibentangkan esok dan menyentuh beberapa perkara sensitif.
“Saya tidak mahu di hadapan Sang Pencipta saya ditanya dan saya tidak dapat menjawab, jadi menjadi amanah saya dan kementerian kita untuk bercakap benar, untuk berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan kebenaran itu dan sekiranya datang kepada kita sebarang ketidakbenaran ataupun kepalsuan ataupun fitnah ataupun perkara yang tidak sahih, maka wajib kita sama-sama tentukan dan jelaskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi Zon Sabah dan Labuan, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) kementerian Datuk Aminurrahim Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Erwin Khairul Ahmad.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti Suwadi Guliling dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datin Rozita Waty Ridzuan.
Fahmi berkata agensi seperti Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memainkan peranan penting, sebagai antara tonggak kementerian dalam menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat.
Beliau berkata agensi berkenaan juga perlu bertindak segera sekiranya terdapat perkara yang kurang difahami atau menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Loading…
www.bernama.com