BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perkukuh Strategi Komunikasi Bagi Penyampaian Maklumat Berkesan - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
84f4dd311276c8a4fd441fe247ffc37f696a3b0d236a3

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan semasa hadir pada Majlis Amanat Menteri Komunikasi Bersama Warga Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Kementerian Komunikasi akan terus berusaha memperkasakan komunikasi kerajaan bagi memastikan segala maklumat berkaitan dasar, program dan bantuan kerajaan dapat disampaikan secara jelas, tepat dan mudah difahami oleh rakyat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, penyelarasan jentera komunikasi kerajaan turut diperkukuh melibatkan pegawai penerangan, pegawai perhubungan awam (PRO) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK) di semua kementerian dan agensi.

“Kadangkala, sekiranya kita mempunyai sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi kumpulan sasaran tidak mengetahui kewujudannya, maka di situlah berlakunya masalah komunikasi,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Penerangan (JAPEN), di sini hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata kejelasan penyebaran maklumat amat penting khususnya bagi program bersasar, termasuk inisiatif Kementerian Kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), MySalam dan bantuan awal persekolahan.

Bagi tujuan itu juga, beliau berkata penggunaan bahasa yang mudah, bersahaja dan sesuai dengan konteks setempat, penting bagi mengelakkan jurang kefahaman antara kerajaan dan rakyat.

“Arahan saya kepada mereka (warga JAPEN) ialah bahasa yang digunakan mesti berpijak di bumi yang nyata. Di Perlis, mungkin penyampaian perlu menggunakan ayat dan pendekatan yang berbeza.

“Begitu juga dengan komuniti Cina, komuniti India dan kelompok suku kaum tertentu, bahasa yang digunakan mestilah tepat dan sesuai, bukan sekadar bahasa rasmi atau bahasa Putrajaya,” katanya.

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam amanatnya menegaskan aspek komunikasi kerajaan perlu dipertingkatkan, agar semua inisiatif dilaksanakan difahami sepenuhnya rakyat.

Menurut Shamsul Azri, penting untuk kementerian dan jabatan memastikan maklumat sampai dengan jelas dan mengurangkan penggunaan istilah formal atau ‘bahasa Putrajaya’ (bahasa kerajaan) yang sukar difahami.

 
Back
Top
Log in Register