combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
DUN Sabah Lulus RUU Perbekalan Tambahan RM1.61 Bilion
--kredit FB Sabah State Legislative Assembly Building.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2026 berjumlah RM1.61 bilion.
RUU yang dibentangkan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan negeri diluluskan di hadapan Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Al Hambra Tun Juhar selepas dibahaskan oleh 42 Ahli DUN Sabah.
Peruntukan tambahan berkenaan terbahagi kepada enam kategori perbelanjaan, iaitu Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun berjumlah RM856 juta, perbelanjaan operasi RM278 juta dan perbelanjaan pelaburan RM210 juta.
Selain itu, ia termasuk perbelanjaan pentadbiran RM162 juta, pemberian dalam negeri RM93 juta, dan peruntukan khas sebanyak RM13 juta.
Persidangan DUN bersambung esok.