BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Sabah Lulus RUU Naik Gaji Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kepada RM2,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

DUN Sabah Lulus RUU Naik Gaji Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kepada RM2,000​

257317d17ce56d28a5c8dbdfa27705b36a5f5976bfc6a

--kredit FB Sabah State Legislative Assembly Building.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemimpin-Pemimpin Pembangunan Masyarakat (Pindaan) 2026, antara lain menaikkan kadar gaji pokok pemimpin itu daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan berkata penyelarasan itu munasabah dan tepat pada masanya memandangkan kadar asal yang termaktub dalam enakmen itu tidak pernah disemak sejak 45 tahun lepas.

Beliau berkata dalam tempoh itu, tanggungjawab Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dilihat semakin meluas dan kritikal sebagai nadi utama sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di peringkat akar umbi.

“Kerajaan negeri memerlukan peranan PPM untuk memastikan dasar dan program kerajaan sampai kepada seluruh rakyat Sabah secara adil, termasuk di kawasan-kawasan yang diwakili Ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu.

RUU bagi meminda Enakmen Pemimpin-Pemimpin Kemajuan Rakyat 1981 itu diluluskan dengan suara terbanyak di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya setelah dibahaskan enam Ahli DUN.

Mengenai pelaksanaannya, Ceasar Mandela yang membentangkan RUU itu berkata pindaan berkenaan dijangka mula berkuat kuasa selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan dan penyelarasan gaji baharu itu akan dilaksanakan sejurus selepas penguatkuasaannya.

Beliau ketika mengulas mengenai cadangan beberapa Ahli DUN dalam perbahasan itu agar kerajaan turut mengkaji semula elaun-elaun tambahan seperti elaun elektrik dan perjalanan berkata penyelarasan hari ini bukanlah titik akhir.

“Sebarang pertimbangan berhubung penambahan manfaat pada masa hadapan akan diteliti secara bertanggungjawab berasaskan kemampuan fiskal dan kedudukan kewangan kerajaan negeri berserta keperluan semasa,” katanya.

Sementara itu, persidangan itu turut meluluskan RUU Haiwan (Pindaan) 2026 di hadapan Kadzim selepas dibahaskan enam Ahli DUN, yang terdahulu dibentangkan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar.

 
Back
Top
Log in Register