BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Sabah Luluskan RUU Perbekalan Tambahan Lebih RM1 Bilion

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e33fe9b83a6b5b5e7953aa56c9f1fa1467cafa1dcf86a

Datuk Seri Masidi Manjun

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2025 berjumlah RM1.18 bilion hari ini.

RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun itu bagi melancarkan operasi pentadbiran kerajaan negeri sehingga akhir tahun ini sebelum DUN Sabah ke-16 bubar selewat-selewatnya secara sendiri pada 11 Nov.

RUU itu diluluskan dengan suara terbanyak selepas dibahaskan 26 Ahli DUN Sabah.

Masidi ketika membentang RUU itu berkata peruntukan tambahan berkenaan terbahagi kepada enam kategori perbelanjaan iaitu Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun berjumlah RM600 juta, perbelanjaan pentadbiran RM204 juta dan perbelanjaan operasi RM195 juta.

"Selain itu perbelanjaan bagi pemberian dalam negeri berjumlah RM84 juta, perbelanjaan bagi tujuan pelaburan RM54.4 juta dan peruntukan khas sebanyak RM50.7 juta," katanya.

Masidi berkata Kementerian Kewangan diperuntukkan tambahan RM789.1 juta, merangkumi RM600 juta untuk Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun dan daripada jumlah itu RM250 juta sebagai tambahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi mengurangkan defisit Akaun Pembangunan tidak melibatkan aliran tunai.

Selain itu, sebanyak RM185.5 juta untuk perbelanjaan perkhidmatan am perbendaharaan dan RM3.6 juta perbelanjaan operasi Kementerian Kewangan manakala RM150 juta caruman kepada Kumpulan Wang Amanah Berkanun Pengendalian dan penyenggaraan jalan raya serta jambatan untuk melaksanakan projek penyelenggaraan jalan raya di seluruh Sabah.

"Sejumlah RM200 juta pula bagi Caruman Kepada Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri, Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA), Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES) serta pembinaan dan pembaikan infrastruktur seperti air, jalan raya dan utiliti," katanya.

Masidi berkata RM185.5 juta bagi perkhidmatan am perbendaharaan melibatkan RM54.4 juta untuk pelaburan ekuiti, RM89.1 juta untuk projek infrastruktur dan RM30 juta pemberian dalam negeri diperuntukkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

 
Back
Top
Log in Register