BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Perak Lulus Belanjawan 2026 Bernilai RM1.61 Bilion

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e616e632b02f45b89d97704e6a7caccb692ee3f9e8346

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad membentangkan Belanjawan Perak 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM1.61 bilion.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 itu dibahaskan selama tiga hari bermula dari Rabu lepas melibatkan 44 wakil rakyat, iaitu 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan dan 26 ADUN pembangkang.

Belanjawan Perak 2026 dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad pada 25 Nov lepas.

Belanjawan yang meneruskan tema “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera” itu memfokuskan lima keutamaan merangkumi kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan.

Sementara itu, Saarani dalam ucapan penggulungannya berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan perjawatan guru tadika Islam dalam bentuk perjawatan berskim bagi memastikan kesinambungan kebajikan yang lebih terjamin.

"Semasa saya ada sesi libat urus dengan JAIPk, berkaitan dengan cadangan untuk naikkan elaun guru KAFA (Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) … JAIPk beritahu bahawa mereka sedang dalam proses kajian untuk menaik taraf guru tadika Islam itu.

"Jadi, apabila sudah dinaik taraf, gajinya jauh lebih tinggi daripada yang ingin kita cadangkan. Sebab itu kita tunggu dulu skim (perjawatan) yang berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata perlu ditegaskan bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) ialah kerangka perdagangan antara kedua-dua negara dan bukan perkongsian eksklusif.

Saarani berkata walaupun ART membuka ruang perdagangan dengan Amerika Syarikat, perjanjian itu tidak menghalang Malaysia daripada terus berdagang dengan pasaran antarabangsa yang lain.

 
Back
Top
Log in Register