BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Sabah Lulus Belanjawan 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,476
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,476
Reaction score
321
Points
141
1b5470099a29a5387a773d55c974ab9a69428bb4b204c

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersalaman dengan wakil-wakil rakyat yang menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM6.402 bilion.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 (Belanjawan Sabah 2026) itu disokong majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui undian suara selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.

Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga RUU berkenaan oleh Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Pada Jumaat lepas, Masidi membentangkan belanjawan bertemakan ‘Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan’ berjumlah RM6.402 bilion, dengan anggaran lebihan RM28 juta.

Kerajaan Sabah mengunjurkan hasil RM6.43 bilion pada tahun depan sekali gus menjadikannya belanjawan lebihan.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan itu hari ini, Masidi berkata beberapa langkah strategik dilaksanakan termasuk semakan teliti terhadap dasar Cukai Jualan Negeri (CJN), peningkatan sesi libat urus dengan pembayar cukai serta penstrukturan semula Unit CJN kepada sebuah bahagian penuh bagi memperkukuh tadbir urus fiskal.

“Semakan semula dasar CJN sedang dilaksanakan secara teliti bersama agensi berkaitan melalui Jawatankuasa Teknikal dan sesi libat urus dengan pembayar cukai bagi memahami realiti operasi industri secara lebih mendalam serta memastikan dasar kerajaan kekal responsif terhadap keperluan semasa sektor ekonomi.

“Kerajaan akan terus menilai dan menambah baik struktur sedia ada dan dalam perancangan menaik taraf bahagian ini kepada sebuah jabatan penuh agar perancangan dasar dapat dilaksanakan secara lebih strategik,” katanya.

Kadzim kemudian menangguhkan persidangan itu ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

 
Back
Top
Log in Register