combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,177
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,177
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Datuk Seri Aminuddin Harun semasa sesi penggulungan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 hari ini.
Dewan Undangan (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan Belanjawan Negeri 2026 bertemakan “Belanjawan MADANI Rakyat Harmoni”yang memperuntukkan RM640 juta meliputi perbelanjaan pembangunan sebanyak RM150 juta.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 yang diluluskan itu merupakan belanjawan defisit RM30 juta, berbanding anggaran hasil negeri berjumlah RM610 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada sembilan bidang tumpuan meliputi 69 inisiatif yang diyakini mampu menyeimbangkan antara keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi supaya terus berdaya tahan.
Beliau berkata Belanjawan 2026 memperuntukkan sebanyak RM56 juta di bawah Kesejahteraan Rakyat, berbanding RM45 juta tahun ini, yang dikhususkan untuk kebajikan rakyat terutamanya inisiatif belanjawan dan Aspirasi Perpaduan (Skim Sejahtera Rakyat).
"Kita juga bersyukur, setakat hari ini rizab kita berjumlah RM897 juta iaitu hampir RM900 juta, jadi tiada masalah untuk kita guna sama ada RM30 juta atau RM50 juta bagi tahun akan datang...walaupun defisit, kerajaan negeri mempunyai simpanan yang cukup untuk dibelanjakan kepada rakyat di negeri ini," katanya ketika sesi penggulungan di persidangan DUN di sini hari ini.
ADUN Sikamat itu turut menjelaskan mengenai pelantikan Dr Jufitri Joha (PKR) dan Datuk Wu Him Ven (DAP) sebagai Ahli Dewan Negara baru-baru ini, yang keputusannya dicapai melalui perbincangan teliti serta persetujuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Budaya musyawarah inilah yang menjadi asas kepada kerajaan perpaduan, bagi memastikan setiap langkah diambil dilaksanakan dengan penuh keadilan dan rasa tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, merujuk kepada perbahasan Choo Ken Hwa (PH-Lukut) mengenai isu ketiadaan guru selama hampir 40 minit dalam sesi pembelajaran di sekolah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Datuk Ismail Lasim berkata pihaknya mengambil serius perkara berkenaan, namun masih belum menerima maklumat tepat mengenai sekolah terbabit.
Ismail (BN-Senaling) berkata sekiranya keadaan itu berlaku di sekolah dalam kawasan DUN berkenaan, laporan terperinci perlu dikemukakan segera supaya tindakan dapat diambil tanpa berlengah.
DUN Negeri Sembilan Lulus Belanjawan 2026 Berjumlah RM640 Juta
persidangan DUN Negeri Sembilan, Aminuddin Harun,