BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duda ugut sembelih ibu kerana telefon bimbit dipenjara 7 bulan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Batu Pahat: Mahkamah Majistret Yong Peng hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan terhadap seorang duda yang mengaku bersalah mengugut mahu menyembelih ibu kandung serta memiliki kabel curi.


Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap ibu kandungnya berusia 74 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kelichap, Senggarang dekat sini pada jam 9 pagi, 2 April lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dawai tembaga yang diperoleh secara curi di sebuah rumah terbiar di Jalan Sungai Suluh Besar, Senggarang, 3.20 petang, 17 April lalu.


Menurut fakta kes, semasa berada di rumah, tertuduh mengugut memarahi ibunya kerana tidak berpuas hati wanita terbabit tidak membenarkannya menggunakan telefon bimbit.

Malah, kejadian terbabit turut disaksikan kakak ipar sebelum ibunya membuat laporan polis atas faktor keselamatan diri dan keluarga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Bagi kedua-dua pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat dan tiga bulan dengan kesemuanya berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, 16 April lalu.

Kredit➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register