hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,483
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,483
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki dipenjara tiga bulan, denda RM5,000 kerana hina Yang di-Pertuan Agong
Bangi: Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, di sini atas kesalahan membuat kenyataan jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong pada September tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik melampau sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan juga didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Berdasarkan fakta kes, hantaran bersifat jelik itu dilihat seorang lelaki yang juga pengadu ketika berada di sebuah rumah di Taman Pelangi, Semenyih jam 10 malam pada 11 September 2025.
Laporan susulan kepada aduan terbabit juga dibuat tiga individu lain yang melaporkan perkara sama.
Keterangan menunjukkan bahawa OKS sedar dan tahu bahawa hantaran dibuat bersifat jelik melampau serta menghina Yang di-Pertuan Agong yang menyebabkan orang ramai melihat hantaran itu berasa marah dan sakit hati
Mohd Hafiz yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan hukuman ringan memandangkan dia pencari nafkah dengan bekerja di kampung bagi menyara keluarga serta tiga anak selain menjaga ibunya yang uzur.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula hari ini serta denda RM5,000 dan empat bulan penjara jika gagal membayar denda.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang pemilik akaun TikTok selepas memuat naik video mengandungi unsur hasutan serta berunsur mengaibkan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 Bukit Aman menjalankan siasatan terhadap satu kes penularan video di aplikasi TikTok.
Menurutnya, video berkenaan mengandungi unsur hasutan serta mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.
Nurul Hidayah Bahaudin
Kredit