BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Sampaikan Salam Hormat Yang Di-pertuan Agong Kepada Putin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Sampaikan Salam Hormat Yang Di-pertuan Agong Kepada Putin​

195110445c2ce7f2ff7de26aeb04056b6aa45cb82f986


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam hormat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Presiden Rusia Vladimir Putin pada pertemuan dua hala di sini hari ini.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyampaikan salam hormat baginda,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mengulangi jemputan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk melakukan lawatan negara ke Malaysia.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.

Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.

Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei.

 
Back
Top
Log in Register