BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Yasushi Kudo

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Yasushi Kudo​

0fe9ded6dcf0d244037959db406230a96a61f7f34ef2b

f85a59ac42ae6a0da3a64ecf861516836a61f805a5d72

8bf3cde1efe94c6681f84fd1f030e5e86a61f818aaee5

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden The Genron NPO Yasushi Kudo bagi meneruskan perbincangan mengenai usaha memperkukuh Asia Leaders Roundtable sebagai wadah dialog strategik dalam mendepani pelbagai cabaran serantau dan global.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu juga bertujuan mempererat hubungan Malaysia dan Jepun.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas layanan mesra sepanjang lawatan rasmi saya ke Jepun pada Jun lepas,” kata Anwar.

Selain itu, beliau berkata Malaysia amat menghargai Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Jepun yang kekal sebagai antara rakan strategik dan ekonomi terpenting negara.

Pada masa sama, Anwar menghargai jemputan untuk menyampaikan mesej video sempena Tokyo Conference 2026 serta ucapan terima kasih kepada Kudo atas undangan bagi menghadiri Tokyo Conference 2027.

Perdana Menteri turut berharap hubungan erat kedua-dua negara serta kerjasama dengan The Genron NPO terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.

 
Back
Top
Log in Register