BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Besar Perlis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,360
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,360
Reaction score
346
Points
141
17d95805c67d00cae7b42d30eb01a248698b120943561

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membuka ruang perbincangan mengenai pengukuhan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis.

Beliau berkata perbincangan turut menyentuh keperluan mempergiat usaha membantu rakyat Perlis, dengan tumpuan kepada kesejahteraan hidup, peluang ekonomi serta pembangunan yang adil dan inklusif.

“Kerajaan MADANI akan terus komited memastikan setiap negeri diberi perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat keseluruhannya,” kata Anwar.

Abu Bakar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis pada 28 Dis lepas, menggantikan ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan kerana masalah kesihatan.

 
Back
Top
Log in Register