BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Amerika Syarikat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
80115c2e9dd43610d4671ffc9833c2c7698c8d1db72d4

--kredit FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan yang bakal menamatkan perkhidmatannya di negara ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata pertemuan itu turut menjadi ruang untuk menzahirkan penghargaan atas sumbangan Kagan yang akan kembali ke Washington dalam masa terdekat dalam memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan AS.

Beliau berkata ia termasuk dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, digital, teknologi serta kerjasama keselamatan.

“Hubungan erat antara kedua-dua negara kekal penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memperluas peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat,” kata beliau.

Kagan yang mula berkhidmat sebagai Duta AS ke Malaysia yang ke-22 sejak Disember 2023 dan sebelum itu sebagai timbalan ketua perwakilan bakal mengakhiri tempoh perkhidmatan di negara ini pada 16 Feb ini.

 
Back
Top
Log in Register