BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Terima Kunjungan Perpisahan Ulama Besar Gambia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Terima Kunjungan Perpisahan Ulama Besar Gambia​

c40052be566519de79ad9d3641ea01f96a3e8c4270f4b

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan perpisahan ulama besar dari Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani yang berada di negara ini sejak sebulan lalu bagi memimpin beberapa siri majlis ilmu dan zikir di seluruh negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Anwar berkata pertemuan yang berlangsung bersempena Hari Asyura itu turut dimanfaatkan untuk memohon doa khas demi kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, berkesempatan menerima kunjungan perpisahan daripada ulama besar Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani, yang berada di Malaysia sejak sebulan lalu bagi memimpin beberapa siri majlis ilmu dan zikir di beberapa lokasi.

“Justeru, bersempena Hari Asyura yang juga jatuh pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya turut memohon agar Sheikh menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat, keamanan negara serta semoga Malaysia terus dikurniakan rahmat, keberkatan dan perlindungan Allah SWT,” katanya.

Sheikh Muhammad Haydara berada di Malaysia bagi memenuhi beberapa siri majlis ilmu dan zikir sempena lawatan dakwah beliau di lokasi terpilih di seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register