BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Terima Kunjungan Hormat Sarjana Antarabangsa Prof Vali Nasr

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141

PM Terima Kunjungan Hormat Sarjana Antarabangsa Prof Vali Nasr​

e2c88db95d21857e02eb9e31002fc17b6a047a5b76a05

9a93eed734813a2d81f0fc99197ab0686a047a6fc282f

e18c97edde8c38f68d9ec0ba28a5df936a047a8795cfa

dfc6ca52908accb54d13d39798984aa16a047a9bd130b

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada sarjana antarabangsa Profesor Seyyed Vali Reza Nasr di Perdana Putra, Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata Vali Reza yang juga seorang penulis dan pakar hubungan antarabangsa terkenal dalam bidang politik Asia Barat serta pengajian Islam berada di negara ini atas undangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau berkata pertemuan itu dimanfaatkan untuk bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan konflik Amerika Syarikat-Iran termasuk implikasinya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau dan krisis bekalan tenaga global yang dihadapi ketika ini.

“Moga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Vali Reza ialah Profesor Majid Khadduri bagi Pengajian Asia Barat dan Hal Ehwal Antarabangsa di Fakulti Pengajian Antarabangsa Lanjutan (SAIS) Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

 
Back
Top
Log in Register