BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Warga Asing Direman Bantu Siasatan Kematian Kanak-kanak Lima Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Dua Warga Asing Direman Bantu Siasatan Kematian Kanak-kanak Lima Tahun​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Seorang lelaki dan seorang wanita warga asing direman bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Gelugor, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an itu, yang juga jiran kanak-kanak terbabit ditahan pada Jumaat.

“Susulan penahanan mereka, polis kini telah menahan empat individu bagi membantu siasatan termasuk ibu kanak-kanak lelaki terbabit dan teman lelakinya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan bedah siasat, kanak-kanak itu didapati meninggal dunia akibat cedera pada kepala dan badan akibat hentakan tumpul.

Sehubungan dengan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan polis juga sedang merekodkan keterangan beberapa individu lain bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini perintah reman terhadap ibu kanak-kanak terbabit, yang berusia 30 tahun dan teman lelakinya berusia 34 tahun dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi hingga 30 Julai ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dilaporkan kejadian itu terbongkar selepas lelaki warga Bangladesh yang tidak bekerja tersebut mendapati kanak-kanak itu muntah di pangsapuri disewa mereka di Gelugor kira-kira 10 pagi Khamis.

Dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik berhampiran ketika ibu mangsa sedang bekerja di sebuah restoran, namun, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika di klinik lalu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan petugas hospital membuat laporan polis selepas menemukan kesan lebam pada beberapa bahagian badan kanak-kanak itu.

 
Back
Top
Log in Register