BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Wanita Indonesia Maut SUV Rempuh Surau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Wanita Indonesia Maut SUV Rempuh Surau​

8896c657bb56fefd8b2d0e3a32ae7ac26a4a0d6b135f7

--kredit fb awam

Dua wanita Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama-sama empat lagi individu dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 di Jalan Selising-Bukit Merbau, Pasir Puteh, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Azhar Helmi Mustofar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 6.34 pagi dan operasi melibatkan 13 anggota daripada BBP Pasir Puteh serta BBP Ketereh.

“Kejadian melibatkan enam warga Indonesia dengan dua penumpang wanita berusia lingkungan 30-an dan 50-an disahkan meninggal dunia akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azhar Helmi berkata anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata empat mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan operasi ditamatkan pada 7.44 pagi.

 
Back
Top
Log in Register