BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Wanita Cedera SUV Rempuh Balai Pelepasan KKIA

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201
sebuah Suv Rempuh masuk bangunan lampangan terbang KKiA.




Pemandu Wanita Cedera SUV Rempuh Balai Pelepasan KKIA​

a191120e61853b63d41ba1e9539be1866a75d30600bf1

Kredit: FB - Chan Foong Hin

Seorang wanita cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pintu masuk balai pelepasan di Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini petang tadi.

Insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pengunjung lain mahupun petugas di lapangan terbang berkenaan namun menyebabkan struktur pintu kaca di pintu terminal tersebut berkecai dan bahagian depan kenderaan rosak teruk.

Mangsa, yang cedera ringan, telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian pada 4.20 petang itu dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin yang kebetulan baru tiba di lapangan terbang berkenaan berkata pihak pengurusan KKIA telah mengambil tindakan pantas untuk membersihkan kawasan terjejas serta memastikan pergerakan penumpang tidak terganggu.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan KKIA dan semua petugas atas tindakan cekap dan segera dalam menangani insiden ini," menurutnya menerusi hantaran di laman sosial.

Beliau turut memaklumkan bahawa KKIA kembali beroperasi seperti biasa kerana pintu automatik lain berfungsi sepenuhnya tanpa mengganggu pergerakan orang awam.

 

Terlupa Letak Gear ‘P’ Punca SUV Rempuh Pintu Kaca Balai Berlepas KKIA​

e39c240205cc44e51bd493b4fe7462cd6a78395962ceb

kredit -- media sosial

Gara-gara terlupa meletakkan gear pada kedudukan ‘P’ (parkir) ketika hendak bertukar pemandu, menjadi punca sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pintu kaca Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Shahrudin Mat Husain berkata kejadian pada 4.55 petang itu berlaku selepas SUV yang dipandu seorang wanita berusia 66 tahun berhenti di lorong kenderaan di hadapan bangunan KKIA untuk menjemput anaknya.

Beliau berkata ketika hendak bertukar pemandu, wanita itu dipercayai terlupa meletakkan gear pada kedudukan ‘P’, menyebabkan kenderaan berkenaan bergerak secara perlahan.

“Pemandu kemudian dipercayai panik dan secara tidak sengaja menekan pedal minyak menyebabkan SUV itu meluncur laju ke hadapan dan melanggar sebuah kenderaan lain sebelum terbabas merempuh pintu kaca Balai Berlepas KKIA dan seterusnya sebuah tiang bangunan,” katanya dalam kenyataan hari in.

Shahrudin berkata pemandu sempat keluar daripada kenderaan sebelum pelanggaran berlaku, namun mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka akibat terkena serpihan kaca dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum meninggalkannya serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

 
Back
Top
Log in Register