BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Landasan KKIA Dibuka Semula Pada 11.30 Malam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,734
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,734
Reaction score
97
Points
80

Landasan KKIA Dibuka Semula Pada 11.30 Malam​

229a3e07a053d79bd6d38aedad4c9c886aac1303431f9

Kredit: FB Malaysia Airports

Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dibuka semula pada 11.30 malam ini selepas pemeriksaan keselamatan terakhir selesai dijalankan.

Dalam satu kemas kini di laman Facebook rasminya hari ini, Malaysia Airports memaklumkan operasi penerbangan di KKIA kini boleh disambung kembali susulan pembukaan semula landasan.

Malaysia Airports turut menasihatkan penumpang terlibat supaya menyemak status serta maklumat terkini penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Landasan tersebut telah ditutup sementara sejak 2.45 petang tadi bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan, sekali gus menjejaskan sekurang-kurangnya 20 penerbangan yang melibatkan ketibaan dan pelepasan di KKIA.

Tinjauan Bernama di lapangan terbang itu mendapati beberapa penerbangan mengalami kelewatan atau dibatalkan, manakala sejumlah penerbangan yang sepatutnya tiba telah dilencongkan ke Labuan dan Sandakan.

Gangguan tersebut menyebabkan sebahagian penumpang terpaksa menunggu selama beberapa jam untuk mendapatkan perkembangan terkini, dengan ramai yang berulang kali menyemak paparan maklumat penerbangan serta pemberitahuan syarikat penerbangan bagi mengetahui waktu berlepas dan ketibaan yang telah dipinda.

 
Back
Top
Log in Register