BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Maut Dipercayai Akibat Serangan Jantung, Kereta Dipandu Rempuh Dua Motosikal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Wanita Maut Dipercayai Akibat Serangan Jantung, Kereta Dipandu Rempuh Dua Motosikal​

5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV), sebelum merempuh dua motosikal yang diparkir di tepi Jalan Macalister di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kemalangan yang berlaku di hadapan sebuah restoran itu, mangsa warga tempatan berusia 36 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Polis mengesahkan kemalangan itu hanya membabitkan pemandu MPV berkenaan manakala dua motosikal yang terlibat dalam kemalangan dan dilihat dalam video tular sebenarnya tidak mempunyai penunggang serta berada dalam keadaan diparkir di tepi restoran.

“Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HPP dan dipercayai mengalami serangan jantung ketika kemalangan. Bedah siasat akan dijalankan dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 52 saat memaparkan kejadian sebuah kereta merempuh dua buah motosikal di hadapan sebuah restoran yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang hari ini.

 
Back
Top
Log in Register