BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditemukan Maut Dalam Longkang, Dipercayai Akibat Serangan Jantung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Ditemukan Maut Dalam Longkang, Dipercayai Akibat Serangan Jantung​

5d141bcf21a1a5096e2e7ae929f4519d6898834b0c9f4


Seorang lelaki ditemukan maut di dalam longkang di Taman Sentosa, Klang di sini hari ini, dipercayai akibat diserang sakit jantung.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada 1.28 tengah hari.

“Pada 2.05 petang, pihak ambulans dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang tiba di lokasi telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal di lokasi mendapati lelaki berusia lingkungan 50-an itu ialah pekerja kontraktor Air Selangor yang sedang menjalankan kerja-kerja di kawasan berhampiran,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan punca kematian ialah akibat Ischaemic Heart Disease due to Coronary Artery Atherosclerosis dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Lim turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan memberi ruang agar siasatan dapat dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di dalam longkang.

 
Back
Top
Log in Register