BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nenek Dan Cucu Maut, Kereta Dipandu Cucu Rempuh Pokok Di Pasir Mas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Nenek Dan Cucu Maut, Kereta Dipandu Cucu Rempuh Pokok Di Pasir Mas​

6a6d61ebfb34fcdb4d2be18a084566306a8c5a2e9a688

Kredit: Polis Daerah Pasir Mas

Seorang wanita warga emas dan cucunya maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, berhampiran Culvert 5, Pasir Mas, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi, wanita berusia 73 tahun yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala cucunya, seorang wanita berusia 23 tahun yang merupakan penumpang hadapan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mazlan Hassan berkata kereta itu dipandu seorang lagi cucu mangsa, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mengalami patah pergelangan tangan serta kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.

“Mangsa membabitkan tiga wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu seorang nenek bersama dua cucunya dan mereka dalam perjalanan dari Pasir Mas menuju ke Rantau Panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register